Sabtu, 30 April 2011

PEOPLE - I SEE WHAT YOU MAY NOT SEE (PART 1)

HOLA...

     Setiap manusia di DUNIA ini mempunyai KELEBIHAN dan KEBOLEHAN tersendiri yang dianugerahkan TUHAN. AKU pasti KAU & MEREKA juga sama. Ada antara KAU & MEREKA yang dianugerahkan jari yang pantas MEMETIK tali gitar yang menghasilkan alunan lagu yang lunak. Ada juga antara KAU & MEREKA yang mempunyai SUARA yang merdu. Akhirnya KAU & MEREKA menjadi artis. Ada juga yang handal MELUKIS hingga terhasilnya karya-karya hebat yang mewarnai sesebuah LUKISAN.

     KELEBIHAN dan KEBOLEHAN yang lain juga yang dapat AKU...KAU & MEREKA lihat ialah ada antara KAU & MEREKA petah berkata-kata. Kepetahan itu digunakan dalam bidang PERNIAGAAN, UNDANG-UNDANG, AHLI POLITIK dan banyak lagi. Kesemuanya mampu menarik perhatian ramai orang. Conthnya dengan berniaga kepetahan berkata-kata dapat MENARIK lebih ramai pelanggan terutamanya dalam MEMPROMOSIKAN produk yang KAU & MEREKA wakili.

     Namun ada juga KELEBIHAN dan KEBOLEHAN yang boleh dikategorikan sebagai KEKURANGAN. Contohnya AKU... AKU tahu pasti apa yang AKU kongsikan ini akan mendatangkan sangsi di kalangan KAU & MEREKA. AKU takkan salahkan KAU & MEREKA kerana majoriti yang mendengarnya tidak percaya juga. Tapi ini KELEBIHAN AKU. KELEBIHAN dan KEBOLEHAN yang AKU pun tidak tahu kenapa AKU perolehinya.

      KAU & MEREKA tahu apa KELEBIHAN dan KEBOLEHAN yang AKU miliki???... Percaya atau tidak semuanya terserah kepada KAU & MEREKA untuk menilainya. Yang AKU tahu sememangnya AKU mengalami dang mengadapinya. Susah senang AKU tidak ada yang tahu malah ada yang menafikan serta mengutuk AKU (LANTAK KORANG LAH!!!...).

     HANTU!!!... Ya, AKU ada pengalaman itu. AKU diberi ANUGERAH untuk melihat mereka (HANTU). Ha mesti ada antara KAU & MEREKA sedang ketawa berdekah-dekahkan???... AKU tak marah mahupun kecil hati. Apa yang AKU minta hanya KAU & MEREKA membaca kisah AKU ini sampai habis kerana AKU ingin berkongsi pengalaman SERAM aku dengan KAU & MEREKA.

     Sebelum AKU meneruskan dengan lebih lanjut kisah AKU dengan 'BENDA-BENDA' ni aku nak cerita secara ringkas serba sedikit LATAR BELAKANG AKU yang AKU pun tahu sikit-sikit sahaja (PUNCA KEPADA KEBOLEHAN AKU). Menurut IBU aku dahulu arwah DATUK AKU merupakan seorang pengamal perubatan TRADISIONAL. TRADISIONAL yang macam mana AKU pun tak tahu. Tapi sememangnya melibatkan 'MAHKLUK-MAHKLUK HALUS'. IBU AKU pernah berkata MAHKLUK HALUS ini masih dapat dilihat sekarang.

      Di sebelah kakak AKU pula katanya dia juga dapat MERASAKAN kehadiran MAHKLUK-MAHKLUK HALUS ini (RASA JE LA TAPI TAK NAMPAK...). Jadi dia pun berusahalah denga pergi berubat. Hasilnya dia diberitahu bahawa keluarga AKU sebelah AYAH pula ada kaitan dengan WALI SONGO dari indonesia (AKU ADA DARAH JAWA...). Nak percaya ke tak AKU pun tak tahu.

     Itu tadi kisah pendek AKU yang AKU rasa ada kaitan dengan KELEBIHAN dan KEBOLEHAN AKU ini. Jadi bolehlah AKU mulakan kisah AKU dengan berkongsi bersama KAU & MEREKA. Ini adalah penglaman AKU yang AKU tak tipu (SUMPAH...). Yang tak percaya tidak mengapa tapi terus membaca.


PENGALAMAN PERTAMA - FLAT RIVERA
     Masa itu AKU masih lagi bergelar seorang pelajar. AKU belajar di sebuah UNIVERSITI (NAMA TAK PAYAHLAH TULIS...) yang mana terletak di TAMAN MALURI, Kuala Lumpur. Ketika itu AKU tinggal di asrama di PANDAN INDAH. Asrama tersebut berupa FLAT 11 tingkat (FLAT RIVERA) tetapi pelajar yang tinggal di FLAT tersebut hanya tinggal hingga tingkat 7. Persoalan yang bermain-main difikiran AKU ketika mula sampai di sana ialah mengapa tingkat 8 hingga tingkat 11 dikosongkan???...
     Pengalaman AKU dengan MAHKLUK-MAHKLUK HALUS ini bermula di sini dan banyak terjadi di sini. Beberapa minggu selepas AKU mula selesa di sana AKU pun mengalami pengalaman SERAM AKU. Pada satu malam ketika AKU sedang nyenyak tidur AKU terjaga. Ketika itu AKU tidur di atas katil dua tingkat. AKU berada di bawah manakala 'ROOMMATE' AKU dari Sabah tidur MATI di atas. Waktu itu AKU sendiri tidak pasti masanya tapi ia berlaku pada tengah malam ketika semua nyenyak tidur.
     AKU masih belum beritahu KAU & MEREKA punca AKU terjagakan???... Ya, AKU terjaga kerana ada HANTUUU... (SERAM GILER...). Ketika itu AKU merasakan IBU jari kaki kanan AKU terasa amat sakit seperti digigit sesuatu. Selepas AKU bangun AKU terlihat SATU LEMBAGA seperti seorang budak sedang memegang IBU jari kaki AKU yang sakit tadi.
     Apa yang AKU buat???... Dalam ketakutan dan kesakitan yang teramat sangat, AKU mengambil tindakan dengan memulas perut MAHKLUK itu (INI ADALAH BENAR-BENAR TERJADI...) lalu ia melepaskan genggamannya pada IBU jari kaki AKU tadi. Selepas itu AKU tidak mampu tidur. Keesokkan harinya AKU menceritakan apa yang terjadi kepada rakan-rakan AKU yang lebih senior. Selepas itulah segalanya terungkai.
     FLAT RIVERA ini sebenarnya pernah dihuni oleh anggota tentera. Tentera tersebut tinggal di tingkat 11 (BARU AKU TAHU KENAPA KOSONG...). Menurut cerita tentera tersebut telah membunuh isteri dan anaknya dengan kejam di tingkat 11. Selepas itu pelbagai perkara pelik dan mengerikan berlaku. Tiada siapa ingin menyewa FLAT RIVERA itu hinggakan ia dijadikan asrama pelajar.

PENGALAMAN KEDUA - FLAT RIVERA
     Kejadian kedua masih berlaku di FLAT ini. Satu malam ketika AKU dan dua orang rakan sedang rancak berbual AKU terkejut apabila terlihat sesuatu. Ketika itu AKU bersandar di dinding menghadap mereka yang seorang duduk di atas meja dan seorang lagi berdiri. Kedudukan mereka menyebabkan bayang-bayang mereka terhasil di lantai. Ketika AKU sedang rancak berbual tiba-tiba AKU menyedari sesuatu.
     Di antara bayang-bayang dua orang rakan AKU tadi terlihat satu lagi bayang-bayang yang lebih kecil berbanding mereka. Pada mulanya AKU hanya berdiamkan diri. Namun apabila rakan AKU mula menyedari perubahan air muka AKU mereka pun bertanya. AKU memberitahu mereka. Mereka juga nampak bayang-bayang itu lantas berlari ke arah AKU (AKU SENDIRI PUN DAH PUCAT...). Ketika itulah AKU ternampak kelibat seorang BUDAK perempuan berdiri melihat kami dan kemudian hilang begitu sahaja.


PENGALAMAN KETIGA - FLAT RIVERA
     Masih lagi di FLAT yang sama. Kejadian berlaku ketika AKU dan dua orang rakan AKU ingin keluar ke gerai berhampiran untuk mencari makan. Pada mulanya AKU dan seorang rakan ini sahaja yang ingin pergi ke gerai tersebut. Tetapi ketika hendak turun dari tingkat dua menggunakan LIF kami terserempak dengan seorang lagi rakan. Rakan itu juga mahu MENGIKUT kami ke gerai.
     Jadi kami pergi bertiga tetapi rakan yang baru AKU jumpa tadi tertinggal DOMPET di dalam biliknya. Jadi AKU terpaksa naik semula mengikutnya ke bilik. Samapai di bilik AKU dan seorang lagi rakan tidak masuk ke dalam. Hanya yang tertinggal DOMPET sahaja yang masuk. Selepas seketika dia keluar. Jadi kami terus menuju ke arah LIF.
     Selepas memasuki LIF, AKU dan seorang rakan rancak BERBORAK manakala yang seorang lagi hanya MENDIAMKAN diri. Dia berdiri di belakang dan bersandar di dinding LIF tanpa berkata apa-apa. AKU tidak merasakan apa-apa. Tetapi bila AKU berpaling ke belakang AKU terlihat SEORANG PEREMPUAN memakai baju berwarna putih setinggi ruangan LIF itu. Rambutnya panjang mengurai. AKU yang ketakutan (RASA NAK TERKENCING PUN ADA...) hanya mendiamkan diri.
     Sampai di bawah AKU memberitahu pada rakan AKU supaya jangan berpaling. Keluar dari LIF dan berjalan terus. Dia terlihat seorang lagi rakan kami (YANG TERTINGGAL DOMPET) tidak turun dan pintu LIF tertutup. Selepas itu 'HANDPHONE' rakan AKU tadi berdering. Selepas menjawab panggilan, rakan AKU itu terketar-ketar lalu pengsan.
     AKU memaklumkan kepada warden dan keesokkan harinya ibu bapa rakan AKU tadi membawanya pulang. Seminggu dia CUTI. Rakan AKU yang seorang lagi pula marah-marah kerana kami tidak menunggunya semalam. Rupanya dialah yang menelefon rakan AKU yang pengsan tadi dan bertanya kenapa kami tidak menunggunya. 
     Selepas itu AKU pun menceritakan apa yang AKU dan rakan AKU yang pengsan tadi alami. Malam itu dari bilik kami sememangnya nampak rakan AKU itu yang mengekori kami ke dalam LIF. Namun ketika berada di dalam LIF ada MAHKLUK lain yang menjelma. Mujurlah rakan AKU yang pengsan itu tidak nampak apa yang AKU nampak jika tidak pasti CUTI sebulan.

PENGALAMAN KEEMPAT - FLAT RIVERA
     Pengalaman ini sebenarnya terjadi atas kebodohan AKU sendiri. Ada di antara rakan-rakan AKU menceritakan pada AKU pada waktu malam dari tingkat 11 FLAT ini boleh melihat dengan jelas cahaya lampu yang cantik dari GENTING HIGHLAND (AKU TAK SAMPAI LAGI...). Entah satu malam itu AKU terlalu ingin melihatnya. Jadi AKU pun memberanikan diri bersama beberapa orang rakan naik ke tingkat 11. 
     Semasa dalam perjalanan naik salah seorang rakan yang juga senior memberitahu AKU bahawa setiap malam akan muncul seekor BURUNG HANTU berwarna PUTIH. Kemunculan BURUNG HANTU itu biasanya menandakan bahawa adanya MAHKLUK lain di sekeliling kami. AKU tak ambil pusing pun apa yang diberitahu kerana AKU terlalu 'EXCITED' nak tengok cahaya malam GENTING HIGHLAND.
     Setibanya di atas AKU pun dapat melihat cahaya dengan jelas dari GENTING HIGHLAND. Angin malam dari tingkat 11 memang sejuk. Tiba-tiba rakan AKU yang matanya melilau dari tadi memberitahu AKU yang dia ada ternampak BURUNG HANTU PUTIH yang diceritakan tadi. Jadi kami pun bergegas untuk turun semula.
      Namun kami menghadapi masalah kerana kami terpaksa MELINTAS bilik di mana berlakunya pembunuhan oleh tentera yang AKU ceritakan di awal tadi. Dan ketika itulah rakan-rakan AKU berlari bertempiaran ke arah LIF selepas terlihat kelibat SEORANG PEREMPUAN memangku ANAKNYA. AKU pada ketika itu tidak terlihat apa-apa. AKU hanya ketakutan dan terus berlari (TINGKAT 11 TIADA LAMPU...). 
     Apabila semua sudah memasuki LIF dan ketika pintu LIF sedang tutup AKU terlihat satu LEMBAGA berwarna HITAM mengesot-ngesot ke arah LIF. Pada ketika itu AKU hanya mampu berdoa supaya tidak akan terjadi perkara buruk. Apabila kami sampai ke bawah AKU memberitahu pada rakan-rakan apa yang AKU lihat. Ternyata hanya AKU yang nampak LEMBAGA HITAM tadi.


PENGALAMAN KELIMA - FLAT RIVERA
     Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang ingin AKU ceritakan yang berlaku pada AKU di FLAT ini tetapi AKU rasa biarlah AKU ceritakan yang betul-betul SERAM sahaja. Penglaman kelima ini berlaku ketika asrama kami ingin berpindah ke tempat lain. Kata warden FLAT itu akan diubahsuai. Jadi dua hari sebelum AKU berpindah bekalan eletrik dan air akan ditutup. Bagi pelajar yang 'ADVANCE' macam AKU ni, AKU melepak sahaja di LOBI dekat SWIMMING POOL
     Di situ ada elektrik dan juga tandasnya ada air. SWIMMING POOL kosong. Jadi ketika AKU sedang seronok melepak sambil menyanyi mengikut lagu TAMIL yang dipasang di laptop, AKU terlihat PAK GUARD. Seperti biasa AKU akan menegur PAK GUARD itu (DAH KENAL TAKKAN TAK TEGUR...). Tapi PAK GUARD itu buat tidak tahu sahaja malah mukanya serius tidak seperti selalu. Matanya memandang AKU tajam umpama AKU ada melakukan kesalahan.
     Selepas PAK GUARD itu tidak kelihatan lagi tiba-tiba AKU terlihat PAK GUARD yang sama sedang bediri ingin memasuki LIF. Jarak antara laluan tempat AKU melepak adalah sebesar sebuah SWIMMING POOL. AKU baru sahaja mengalihkan pandangan dari PAK GUARD itu tadi dan dia sudah berada di seberang sana.
     Selepas itu AKU mengajak rakan ku untuk pergi berjumpa dengan PAK GUARD yang sedang menunggu LIF itu tadi. AKU tegur seperti biasa. Dengan senyuman PAK GUARD itu menjawab dan bertanya samada AKU sudah makan. Sikap yang sama sekali berlainan dari tadi. Lantas AKU bertanya samada PAK GUARD itu sudah membuat rondaan di tempat yang AKU duduk melepak tadi. Jawapannya amat memeranjatkan AKU kerana dia memberitahu bahawa dia baru masuk kerja dan baru ingin memulakan rondaan.
     Keesokkan harinya AKU pergi berjumpa PAK GUARD yang sama. AKU ceritakan apa yang AKU lalui malam tadi. PAK GUARD itu tersenyum dan berkata kejadian seperti yang AKU ceritakan sering berlaku di FLAT RIVERA ini. Ia bukanlah sesuatu yang baru baginya. Dan selepas itu terbongkarlah pelbagai kejadian PELIK lagi SERAM yang pernah dilalui oleh PAK GUARD itu.

TAMAT PART 1

     Sehingga hari ini iaitu hari ketika AKU berkongsi cerita KELEBIHAN dan KEBOLEHAN AKU melihat MAHKLUK ini bersama KAU & MEREKA, FLAT RIVERA akan sentiasa menjadi ingatan kepada AKU. Pengalaman yang tidak akan AKU lupakan. FLAT itu AKU tidak tahu keadaannya sekarang. Sudah bertahun AKU tinggalkan. 

     AKU masih mempunyai beberapa pengalaman untuk dicerita dan dikongsikan bersama KAU & MEREKA tetapi biarlah ini menjadi pembukanya. Pada nukilan seterusnya akan AKU sambung dengan menceritakan pengalaman AKU yang lain. Pengalaman terlihat kelibat seperti ORANG ASLI pedalaman (BUKAN MANUSIA), terlihat MAHKLUK HALUS ketika memandu, lembaga yang pernah AKU lihat di rumah dan banyak lagi.

     Tetapi kali ini setakat ini sahaja. Apa-apa pun kuatkan IMAN kerana ALLAH s.w.t sentiasa ada melindungi kita. Walaupun MAHKLUK-MAHKLUK ini datang dalam keadaan yang menyeramkan tetapi ketakutan kita wajiblah kepada ALLAH s.w.t.

AKU...KAU & MEREKA...

Rabu, 27 April 2011

GUYS - YOU KNOW WHAT, I DO CRY...DID YOU KNOW THAT?

HOLA...

     Hai semua. Salam kepada KAU & MEREKA dari AKU di sini. Kali ini AKU nak berkongsi perasaan bersama KAU & MEREKA. Perasaan siapa??? Perasaan seorang lelaki yang bergelar SUAMI. Semestinya AKU belum bergelar suami tapi coretan yang AKU berikan ini adalah hasil daripada pemerhatian aku terhadap golongan lelaki yang bergelar SUAMI (SUAMI yang baik jer, yang JAHAT boleh BLAH...).

     Sebagai SUAMI pasti KAU & MEREKA tahu tanggungjawab adalah berat. Bukan sahaja dalam mencari NAFKAH untuk menanggung keluarga tetapi juga dalam MEMBIMBING dan MENDIDIK isteri dan anak-anak. Bercakap mengenai tanggungjawab AKU sendiri juga merasakan bahawa lelaki yang bergelar suami perlu masuk ke dapur dan membuat kerja-kerja si ISTERI. Istilah 'TEMPAT PEREMPUAN DI DAPUR' sudah tidak boleh diguna pakai lagi. Perempuan termasuk ISTERI juga sudah ada yang berkerjaya.

     Sebagai lelaki janganlah KAU & MEREKA merasa MALU dan TERANCAM dek perempuan yang berkerjaya. Seharusnya lelaki menyahut cabaran dengan membuktikan bahawa mereka juga boleh melaksanakan tanggungjawab seorang perempuan juga seorang ISTERI

     Apa-apa pun AKU di sini untuk menyatakan pendapat AKU bahawa lelaki dan perempuan adalah sama. Sama memerlukan dan sama merasa. Perbezaan hanyalah pada cara dan fahaman sebagai seorang lelaki atau perempuan. Semestinya cara seorang lelaki MENEMPUH sesuatu keadaan adalah BERBEZA dari perempuan namun hasilnya sama. 

     Contohnya perempuan akan menitiskan AIR MATA hanya dengan menonton filem hindustan tetapi lelaki hanya mampu menitiskan AIR MATA atas beberapa alasan. Namun hasilnya tetap sama iaitu kedua-dua mampu menitiskan AIR MATA. Jadi mari kita bersama-sama hayati PERBUALAN antara sepasang suami isteri ini.

* NOTE: semua yang tertera di bawah bukanlah 100% benar. ia hanyalah pandangan dan nukilan semata-mata. ambillah ia sebagai renungan dan mungkin panduan untuk menjadikan kehidupan lebih baik.


SUATU PETANG...
"hu..hu..hu...!!" Tipah menangis teresak-esak sewaktu menonton filem hindustan kegemarannya.
"Haissh awak ni, takkan tengok cerita hindustan pun nak menangis?.." tegur Jamil suami si Tipah.
"Sedih la bang.. sob..sob..sob.." jawab Tipah sambil mengsat air matanya yang jatuh berderai.
"Ala.. itukan cerita aja, bukannya betul pun." kata Jamil lagi.
"Abang mana tau, orang lelaki ni mana ada perasaan.. hu hu hu.." balas Tipah pula.
"Aik...ada pulak dia kata lelaki tak ada perasaan.. tapi kalau setakat tengok cerita hindustan ni tak payah lah membazir air mata.." jawab Jamil.
"Abang tak sedih ke?.. tengoklah tu, elok-elok bercinta.. terputus di tengah jalan.. isk..isk.." kata Tipah
"Alah.. kan ada jurukamera, pengarah, jurulampu la dekat belakang kamera tu.." jawab Jamil
"Alah..orang lelaki memang tak ada perasaan..lah!" Tipah menjadi marah.
"Kalau betul lelaki ada perasaan.. beritahu saya bile masanya abang menangis..?" cabar Tipah lagi.
"Baik.. nanti abang list kan..." Jamil menyahut cabaran Tipah.

KEESOKAN HARINYA...
"Ha.. bang mana listnya..? tanya Tipah pada suaminya.
"Ada.. ni ha.." kata Jamil sambil menghulurkan sehelai kertas.

Tipah membaca senarai tersebut.....
Pembuka kata... Sayang, kalau sayang hendak tahu bila abang bersedih atau menangis, sila baca seterusnya...

Abang akan menangis kalau...
1- Bila pagi, abang tanya.. 'MANA SARAPANNYA SAYANG?' sayang jawab.. 'ABANG SARAPAN KAT KEDAI MAMAK JELAH...'

2- Bila abang kata..'SAYANG, ABANG PERGI KERJA YE...' sayang jawab.. 'HA...TU PERGI KERJA ELOK-ELOK, MATA TU JANGAN ASYIK TENGOK PEREMPUAN LAIN PULAK...'

3- Bila anak-anak buat nakal, sayang kata.. 'HA, NI SEMUA NAK IKUT PERANGAI AYAH KORANG LAH NI...'

4- Bila abang kata 'ABANG DAH HABIS DUIT...'..sayang tanya 'MANA PERGI SEMUA DUIT GAJI ABANG, ABANG PERGI MAIN POMPUAN YA?...'..
kan sayang tahu SEMUA duit gaji abang dah bagi kat sayang.

5- Bila abang kena MENUNGGU lebih sejam untuk sayang bersiap, sedangkan kita cuma nak pergi kedai DEPAN RUMAH tu aja.

6- Bila abang kena MENUNGGU lebih dua jam, untuk sayang MEMILIH TUDUNG sewaktu di kedai baju.

7- Bila abang demam.. sayang kata.. 'TU NAK MENGADA-NGADA LAH TU...'

8- Bila abang ajak balik rumah mak abang, sayang kata..'KAN BARU HARI TU KITA DAH BALIK...'..sedangkan kali terakhir kita balik rumah mak abang tu, TIGA TAHUN yang lepas.

9- Bila kereta PROTON INSPIRA kita tu ROSAK, sayang kata. 'ITULAH ABANG, TAK PANDAI JAGA KERETA...'.. sedangkan kereta PROTON INSPIRA tu sayang yang bawak. abang pakai ISWARA je.

10- Bila sayang BERBORAK dengan adik beradik dan mak ayah sayang.. TAK ADA cerita yang baik tentang abang.

11- Bila sayang DEMAM sayang suruh abang ambik cuti, tapi bila jiran tanya kenapa abang bercuti sayang jawab..'MEMANG LAKI SAYA TU PEMALAS SKIT KAK NAB...'

12- Dulu masa ANAK kita masih baby, sayang suruh abang BANGUN MALAM buat susu. Itu abang tak kisah, tapi bila baby kita nak SUSU MAMA dia pun sayang suruh abang bangun dan TUNGGU sampai selesai.

13- Bila sayang dah SERONOK tengok TV.. makan malam abang cuma BISKUT KERING cecah TEH 'O'..

14- Kadang-kadang abang BERIYA pergi pasar beli barang dan balik masak. sayang TAK JAMAH pun. sayang kata 'ABANG TAK PAHAM KE, SAYA DIET LA!...'

15- Dan yang PALING SEDIH.. bila sayang mintak 'TUT' anytime abang ok jer tapi bila abang yang mintak ....... sayang selalu TAK BAGI...huk huk huk!!

Sayang, itu sebabnya abang tak menangis bila tengok cerita hindustan sebab, kesedihan abang dah banyak sayang habiskan. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi abang rasa memadailah setakat ini ya..

Tipah... menung.

     Itulah dia kisah sepasang SUAMI ISTERI bernama Jamil dan Tipah. AKU tak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Sebagai suami isteri mahupun sepasang kekasih, KAU & MEREKA haruslah saling MEMAHAMI dan BANTU-MEMBANTU pasangan KAU & MEREKA. Jangan cuba untuk mencari kesalahan atau mementingkan diri. Macam yang AKU kata 'LELAKI DAN PEREMPUAN SALING MEMERLUKAN' dalam dunia ini.

     Kepada lelaki a.k.a suami janganlah terlalu bangga dengan title 'KETUA KELUARGA'. Buktikan yang kamu layak memiliki title berkenaan. Pada yang belum berkahwin tu terajuilah hubungan KAU & MEREKA dengan bijak. Bagi perempuan a.k.a isteri pula janganlah sentiasa berfikiran NEGATIF terhadap suami KAU & MEREKA. Lagipun SYURGA seorang isteri di bawah TAPAK KAKI suami (LELAKI JANGAN AMBIL KESEMPATAN). Dan bagi yang belum berkahwin belajarlah segalanya tentang pasangan KAU & MEREKA agar tidak timbul salah faham dikemudian hari.

AKU...KAU & MEREKA...

Isnin, 25 April 2011

BOYS & GIRLS - WHAT DO YOU REALLY WANT?

HOLA...

      Kali ini AKU kembali bersama KAU & MEREKA untuk berkongsi bersama apa yang aku rasa dapat membantu KAU & MEREKA. Membantu dalam hal apa??? Mari bersama AKU kita selongkar kemahuan AKU...KAU & MEREKA dalam sesuatu perhubungan. Pendek kata apa yang KAU & MEREKA mahu daripada pasangan masing-masing. 

      Tapi sebelum AKU meneruskan apa yang AKU ingin sampaikan kepada KAU & MEREKA ingin aku mengulas serba sedikit tentang hidup berpasangan (dari sudut pandangan AKU). Soalan yang aku ingin ajukan ialah MENGAPA KITA INGIN BERCINTA & DICINTAI??? pada pendapat AKU (kalau KAU & MEREKA ada pendapat lain sila COMMENT ye) kita diciptakan sebagai manusia oleh ALLAH s.w.t dengan jantina yang berbeza dan saling memerlukan antara satu dengan yang lain (hubungan SEJENIS tu AKU tak campur).

     Cinta boleh dibahagikan kepada dua iaitu 'CINTA KEPADA TUHAN' dan juga 'CINTA KERANA NAFSU'. Apabila dirungkaikan 'CINTA KEPADA TUHAN' semestinya cinta kita yang satu kepada ALLAH s.w.t. Namun ia juga boleh dipecahkan lagi kepada beberapa bahagian iaitu cinta kepada agama, cinta kepada keluarga, cinta dan kasih kepada isteri dan banyak lagi. 'CINTA KERANA NAFSU' adalah cinta yang salah dan wajib dihindari. Kerana cinta jenis inilah berlakunya PEMBUANGAN BAYI (BANGANG...) dan pelbagai perkara tak baik lagi.

     Daripada cinta yang hadir membuak-buak dalam diri pastinya KAU & MEREKA inginkan 'DIA' sebagai pasangan. Istilah cintalah yang menjadi tunjang dalam PERHUBUNGAN (majoritinya kecuali yang bercinta selepas KAHWIN). Kemudian terbinalah satu PERHUBUNGAN yang mana dalam PERHUBUNGAN itu AKU...KAU & MEREKA yang akan menentukan hala tuju serta penamatnya. Oleh itu marilah AKU bawa KAU & MEREKA bersama menerjah apa yang diinginkan lelaki dan perempuan dalam PERHUBUNGAN tersebut.


* NOTE: semua yang tertera di bawah bukanlah 100% benar. ia hanyalah pandangan dan nukilan semata-mata. ambillah ia sebagai renungan dan mungkin panduan untuk menjadikan kehidupan lebih baik.
 


 PEREMPUAN perlukan KESETIAAN - LELAKI perlu DIKAGUMI
Jika perempuan merasa dirinyalah yang terpenting dalam kehidupan lelaki yang paling dicintainya, maka dengan mudah dia akan memberikan kekagumannya. Begitu pula sebaliknya, bila lelaki merasa DIKAGUMI, dia akan merasa cukup ikhlas untuk menyanjung dan membaktikan diri bagi kekasihnya lalu memahat KESETIAANNYA.



 PEREMPUAN perlukan PERHATIAN - LELAKI perlukan KEPERCAYAAN
Perempuan yang menerima PERHATIAN sekecil apapun dari kekasihnya akan merasa istimewa dan dicintai. Sedangkan lelaki menganggap jika perempuan yang dicintainya memberikan KEPERCAYAAN kepada sang lelaki sepenuhnya, bererti perempuan tercintanya meyakini bahwa ia telah melakukan yang terbaik bagi mereka berdua.



PEREMPUAN perlukan KETEGASAN - LELAKI perlukan PERSETUJUAN
Setiap pasangan yang akan memulai hubungan, biasanya setelah lelaki menerima PERSETUJUAN yang diperlukan, dia akan menjadi lebih mudah untuk menghargai perasaan-perasaan si perempuan. Sedangkan perempuan akan lebih merasa dicintai jika lelaki yang dicintainya memberikan bukti untuk MENEGASKAN kesahihan hubungan mereka. Ini kerana dikala perempuan jatuh cinta, bermulalah perasaan curiga, ketakutan dan prasangka-prasangka.



 PEREMPUAN perlu DIHORMATI - LELAKI perlukan PENGHARGAAN
Perempuan merasa DIHORMATI apabila lelaki mengutamakan kehendak, perasaan dan keputusan perempuan itu. Namun, bagi lelaki, jika usahanya dihargai dengan PENGHARGAAN, lelaki akan tahu bahwa usahanya tidak sia-sia. Hal tersebut akan mendorong lelaki untuk berbuat lebih banyak, lebih bersemangat dan terdorong untuk lebih menghormati pasangannya.





PEREMPUAN perlukan PENGERTIAN - LELAKI perlukan PENERIMAAN
Lelaki hampir selalu mendengar tanpa menghakimi dan dapat memberikan pandangannya kepada perempuan yang dicintainya. Sikap lelaki yang lebih mudah memahami ini tidak diperolehi dari menyelami fikiran atau perasaan seorang perempuan. Hal ini kerana lelaki selalu berusaha mengumpulkan makna-makna dari apa yang didengari dan apa yang dilihat dari kekasihnya agar dapat memberi PENGERTIAN yang baik kepada kekasihnya. Bila perempuan dengan penuh cinta MENERIMA lelaki tanpa berusaha mengubahnya, barulah lelaki merasa bahagia.



      Ha ini semua pendapat daripada AKU yang ingin AKU kongsikan kepada KAU & MEREKA. AKU pasti serba sedikit KAU & MEREKA pasti akan merasa kebenarannya. Mulakanlah dengan mempelajari segalanya yang berkaitan dengan pasangan anda. Jadilah individu yang memahami dan bertolak ansur. Lakukanlah perubahan agar KAU & MEREKA mengecapi kebahagiaan dalam perhubungan. Insyaallah.

AKU...KAU & MEREKA...


PEOPLE - WHERE IS THE HUMANITY

HOLA...

     Kali ini AKU nak berkongsi dengan KAU & MEREKA sebuah video yang agak 'MENGGANGGU' bila ditonton. AKU dapat video ini ketika aku view website-website tentang haiwan ternakan (Youtube pun ada tapi kena register...). Apa yang dipaparkan dalam video ini bagi aku terlalu kejam untuk diperlakukan. Yang membuatkan AKU rasa loya ialah memikirkan haiwan tersebut jadi makanan kita. Tetapi nasib baiklah AKU di MALAYSIA yang tidak mengamalkan 'CARA' begitu. Pada KAU & MEREKA yang pernah atau bakal ke luar negara berhati-hatilah ketika mencari makanan terutamanya dari 'RESTORAN MAKANAN SEGERA'.

     Dengan menonton viedo ini juga AKU faham dan bersyukur kerana dalam amalan kehidupan ISLAM'BUKAN SEPERTI APA YANG DIPAPARKAN' haiwan-haiwan ini disembelih dengan baik. dalam video ini. Jadi kepada KAU & MEREKA berhati-hatilah ketika memilih makanan di semasa berada di luar negara dan jangnlah melakukan 'PERKARA-PERKARA' seperti di dalam video ini.

*Note: video ini mengandungi imej-imej atau perilaku yang melampaui batas. kepada individu yang mempunyai ketahanan yang kurang diminta untuk menonton bersama teman. ibu mengandung tidak digalakkan.




     Betulkan apa yang AKU beritahu KAU & MEREKA??? Tindakan individu-individu di dalam video ini amatlah menggangu. Apa yang boleh AKU katakan ialah jangan sesekali kita menzalimi haiwan. Jika bertujuan untuk dijadikan makanan sekalipun gunakanlah cara yang bersesuaian.

AKU...KAU & MEREKA

Ahad, 24 April 2011

PEOPLE - SHARING IS CARING (TIPS ON PETROL SAVING)

HOLA...



     Cerita mengenai minyak petrol...AKU rasa KAU & MEREKA pasti dah muak mendengar topik ini dibincang dan diperdebatkan. Isu harga minyak naik bukanlah cerita baru di kalangan KAU & MEREKA tetapi AKU yakin pasti setiap hari ada antara KAU & MEREKA masih merungut tentangnya (BIASALAH TU...). Baru-baru ini AKU membantu menghantar motorsikal adik AKU ke Kedah. Apa yang buatkan AKU berfikir ialah berapa banyak kali minyak yang AKU isi. Rasanya macam terlalu banyak.

     Pelik dan pening memikirkan. Adakah AKU menunggang motorsikal terlalu laju hinggakan minyak di dalam tangki disedut habis??? Atau adakah kerana perjalanan terlalu jauh??? akhirnya baru AKU teringat harga minyak sudah naik. Kalau tidak silap RON95 berharga RM1.90 seliter manakala RON97 berharga RM2.70 seliter. AKU rasa KAU & MEREKA pun tahu jika tinggi kualiti minyak petrol itu bermakna lagi mahallah harganya.

     Tetapi apa yang mampu AKU...KAU & MEREKA lakukan??? Minyak petrol adalah bahan penting dalam kehidupan kita (DARI SUDUT PANDANGAN MATA KASAR). Hendak tidak hendak AKU...KAU & MEREKA terpaksa mengeluarkan wang untuk membelinya (ADOYAI...). Jadi di sini AKU mahu berkongsi sedikit pengetahuan yang AKU ada bersama KAU & MEREKA. Berkongsi agar KAU & MEREKA juga dapat mengurangkan beban.

TIPS PENJIMATAN MINYAK PETROL DARI SUDUT PEMANDUAN...



1. Memandu dengan tenang. Memandu dengan tenang merujuk kepada cara KAU & MEREKA bertindak ketika memandu. Maksud AKU...KAU & MEREKA tidak boleh gopoh dan melakukan sesuatu secara mengejut kerana ia mempengaruhi penggunaan petrol. Contohnya, ketika menuju ke arah plaza tol atau membelok di selekoh, KAU & MEREKA tidak boleh menukar gear tinggi kepada gear rendah serta-merta atau membrek sesuka hati. 

2. Kurangkan berat/bebanan kenderaan. Sebelum KAU & MEREKA memulakan perjalanan, pastikan kenderan yang dinaiki membawa beban yang minimum. Keluarkan segala barangan yang KAU & MEREKA rasa tidak perlu ada di dalam kenderaan (PETI AIS, MESIN BASUH dan lain-lain). Hal ini kerana berat yang berlebihan akan meningkatkan penggunaan minyak petrol.

3. Matikan enjin ketika menunggu. AKU pasti ramai yang tidak mematikan enjin ketika menunggu di dalam kenderaan termasuklah KAU & MEREKA. Enjin kenderaan dapat dihidupkan dengan dipacu oleh minyak petrol. Jadi jika KAU & MEREKA menunggu seseorang atau sesuatu dalam jangka masa yang lama adalah lebih baik mematikan enjin kenderaan bagi menjimatkan minyak petrol.

4. Merancang perjalanan terlebih dahulu. Ini juga merupakan cara yang baik dalam menjimatkan penggunaan minyak petrol. Sebelum memulakan  perjalanan KAU & MEREKA perlu merancang perjalanan. Ini keranan KAU & MEREKA mungkin tersesat. Ini menyebabkan penggunaan petrol yang tinggi.

5. Lakukan penyelenggaraan dan servis berkala. Pastikan KAU & MEREKA sentiasa peka dengan kenderaan yang digunakan. Ini kerana kenderaan yang berada dalam keadaan teruk akan menambahkan penggunaan minyak petrol.

     Di atas adalah cara penjimatan minyak petrol dari sudut pemanduan. AKU harap KAU & MEREKA dapat mempraktikkan langkah-langkah penjimatan yang AKU berikan. Seterusnya ialah cara penjimatan minyak petrol ketika mengisi minyak. Mari kita berkongsi bersama.

TIPS PENJIMATAN MINYAK PETROL DARI SUDUT PENGISIAN...



1. Hanya mengisi minyak petrol ketika tanah masih dingin/sejuk. Seperti mana yang KAU & MEREKA tahu di bahawa di setiap stesen pam minyak mempunyai tangki simpanan minyak yang tertanam di bawah tanah. Ketika tanah sejuk iaitu ketika waktu pagi bahan bakar (MINYAK...) masih padat. ketika inilah KAU & MEREKA perlu mengisi minyak ke dalam kenderaan KAU & MEREKA. Apabila suhu tanah meningkat iaitu menjelang tengah hari, kepadatan petrol berkurangan iaitu petrol yang hangat akan mengembang. jadi seliter petrol yang KAU & MEREKA isi bukanlah seliter yang sebenarnya.

2. Jangan menekan nozzel kepada mod pantas. Ketika mengisi minyak petrol ke dalam kenderaan pasti KAU & MEREKA pernah menggunakan mod pantas ini. Mod pantas adalah mod auto yang tidak memerlukan KAU & MEREKA menekan nozzel. Biasanya KAU & MEREKA akan menekan nozzel, selak dan biarkan sehingga minyak diisi hingga takat yang KAU & MEREKA mahukan. Tahukah KAU & MEREKA apabila nozzle berada dalam mod pantas, hos getah yang menyambung nozzle ke pam akan menghasilkan wap. Wap ini berada akan menarik semula minyak yang sudah masuk ke dalam tangki kenderaan KAU & MEREKA ke dalam tangki bawah tanah semula.

3. Jangan mengisi minyak ketika tangki separuh penuh. Apabila tangki minyak kenderaan KAU & MEREKA dalam separuh penuh, KAU & MEREKA haruslah memastikan minyak yang berada di dalamnya tinggal sedikit. Ini kerana apabila tangki separuh penuh bermakna masih ada ruang kosong yang boleh menghasilkan proses pengewapan berlaku. Proses pengewapan bukan sahaja akan menyebabkan kehilangan minyak yang sedia ada tetapi ia juga menyebabkan jumlah yang diisi tadi tidak tepat walaupun pada meter pam menunjukkan jumlah yang KAU & MEREKA inginkan.

4. Jangan mengisi minyak ketika lori tangki sedang mengepam masuk minyak. Jika KAU & MEREKA terlihat sebuah lori tangki sedang memasukkan minyak ke dalam tangki di bawah tanah janganlah mengisi minyak ketika itu. Ini kerana minyak petrol yang sedang disalurkan ke dalam tangki bawah tanah daripada lori tangki tadi akan bercampur aduk hingga menyebabkan kotoran minyak naik ke atas dan memasuki tangki kenderaan KAU & MEREKA.

     Apa yang AKU kongsikan bersama KAU & MEREKA adalah dari pengalaman dan pengetahuan aku. Jadi KAU & MEREKA boleh mencuba jika KAU & MEREKA ingin menjimatkan minyak petrol dan juga duit. Jika tidak terpulang pada KAU & MEREKA tambahan pula jika stesen minyak itu KAU & MEREKA yang punya (MUAHAHAHA...). Selamat berjimat...

AKU...KAU & MEREKA...

Jumaat, 22 April 2011

GUYS - MY LOVE IS TRUE...FROM THE BOTTOM OF MY HEART

HOLA...

   Lelaki... Apa yang ingin AKU katakan lelaki memang hebat (MUAHAHAHA...). Tetapi AKU tidak menafikan kehebatan perempuan. IBU aku seorang perempuan dan menjadi inspirasi AKU. Dia merupakan antara insan terhebat yang AKU ketahui. Juga ramai lagi wanita yang hebat-hebat belaka. Namun seperti AKU katakan tadi dan AKU yakin KAU & MEREKA setuju bahawa lelaki hebat. Sorry to say but OTHER than that gender, AKU tak tahu (AKU tak pernah jumpa lagi).

     Apa-apa pun dalam kehebatan golongan lelaki AKU tak faham kenapa EGO lelaki terlalu tinggi. Lelaki sentiasa tidak mahu mengalah. Bukan nak kata AKU bagus tetapi dengan mengalah AKU rasa kemanisan dalam percintaan. Lagi pun kesabaran separuh daripada IMAN. Melainkan jika sememangnya kita berada di pihak yang benar. Selain itu apa salahnya kita mengalah dan menjadikan pasangan kita sebagai permaisuri. Isu lelaki lemah kerana mengalah bukan satu isu.

    Dek kerana kelakuan lelaki yang 'TERLALU BAIK' terhadap perempuan (bukan semua lelaki), ada antara perempuan (80% daripada 100% kot) tidak lagi mempercayai lelaki dan kerap menuduh lelaki sebagai mahkluk yang teruk. Hinggakan ada perempuan yang fobia untuk berpacaran, takut untuk berumah tangga dan lebih teruk ada yang mengubah 'HALA TUJU' mereka ke arah kaum sejenis (OMG???...).

    Perempuan, AKU rasa KAU & MEREKA sudah tersalah anggap tentang lelaki. Ya, AKU tahu pengalaman itu memang buruk. Mewakili lelaki AKU 'MINTA MAAF' sangat-sangat. Tetapi AKU juga ingin menekankan bahawa 'BUKAN SEMUA LELAKI BERSIKAP BURUK' terhadap perempuan. Bak kata orang 'DALAM SETANDAN PISANG BUKAN SEMUANYA BUSUK'. Ada antara lelaki yang jujur dan ikhlas.    
 
     Jadi AKU ingin berkongsi dengan KAU & MEREKA apa yang terjadi apabila lelaki benar-benar jatuh cinta. Apabila lelaki benar-benar jatuh cinta dan SETIA pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya pasti amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang MABUK CINTA sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki MENANGIS amatlah payah.

* NOTE: semua yang tertera di bawah bukanlah 100% benar. ia hanyalah pandangan dan nukilan semata-mata. ambillah ia sebagai renungan dan mungkin panduan untuk menjadikan kehidupan lebih baik.

TANDA-TANDA LELAKI SUDAH JATUH CINTA DENGAN HEBAT...


1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan 'RELA BUKAN KERANA TERPAKSA'.


2. Dia sentiasa ingin MENGHIBURKAN kekasihnya dan berubah menjadi orang yang 'KUAT BERCAKAP'.


3. Dia banyak MENASIHATI kekasihnya kerana dia amat MENYAYANGI kekasihnya.


4. Dia berusaha 'MENGONGKONG KEBEBASAN' kekasihnya kerana perasaan 'CEMBURUNYA YANG MELUAP-LUAP'.


5. Dia sentiasa 'TAKUT KEHILANGAN' kekasihnya.


6. Dia 'SENTIASA MENGAWASI PERGERAKAN' kekasihnya kerana dia sentiasa berasa CURIGA.


7. Dia 'TIDAK SUKA ADA LELAKI' lain rapat dengan kekasihnya.


8. Dia 'MUDAH MERASA CEMBURU DAN SENSITIF' apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.


9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang 'MEMINTA PERHATIAN' kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.


10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya 'MELAKUKAN APA SAHAJA'.

11. Dia pandai 'MERAJUK HATI' kerana 'INGIN DIPUJUK' oleh kekasihnya.

12. Dia akan MENGGELABAH apabila kekasihnya BERJAUHAN daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa 'MEMASTIKAN KESELAMATAN' kekasihnya.


14. Dia 'MEMENTINGKAN KEKASIHNYA' daripada dirinya sendiri.


15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa 'KASIHNYA LEBIH KUAT' daripada kekasihnya.


16. Dia 'TIDAK AKAN MELAYAN PEREMPUAN LAIN' yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun 'TERPAKSA MENUNGGU' kekasihnya dengan sabar.

18. Dia MEMBANGGAKAN kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia 'SENTIASA MENGHARAP' kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan 'HILANG AKAL DAN SANGGUP BERBUAT APA SAHAJA' untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan HARTA walaupun NYAWANYA sendiri.

22. Dia 'TIDAK AKAN BERLAKU CURANG' kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup 'MENITISKAN AIRMATA' hanya untuk seorang perempuan. 

HARGAILAH MEREKA.

     Apa yang boleh AKU simpulkan di sini perempuan, KAU & MEREKA seharunya memberikan lelaki peluang. Peluang kepada lelaki untuk mereka menonjolkan diri bersertakan cinta mereka yang IKHLAS kepada KAU & MEREKA. Dalam perhubungan masa adalah amat penting. Dengan masa lelaki atau perempuan dapat menilai pasangan masing-masing sama ada sesuai atau tidak. Dalam masa yang sama KAU & MEREKA perlu memberi peluang agar masing-masing dapat mengenali baik buruk masing-masing sebelum membuat keputusan.

     Lelaki...seharusnya kau ingat perempuan bukan untuk DIPERMAIN ATAU DIPERGUNAKAN. Layan dan hargailah mereka dengan baik sekali. Wahai perempuan...simpanlah pemikiran negatifmu terhadap lelaki. Berilah peluang, KENALI dahulu dan FAHAMILAH lelaki yang didampingi agar dapat belajar erti tolak ansur lalu mencari yang terbaik. Di dunia ini 'LELAKI & PEREMPUAN SALING MEMERLUKAN'.

AKU...KAU & MEREKA   

UPDATE: LELAKI - KHALIFAH DI DUNIA...

     Manusia dilahirkan di dunia tanpa mengetahui jantinanya (maafkan AKU jika AKU salah). Jika kelahiran KAU & MEREKA...adalah berjantin dan ber-DNA kan lelaki jadi KAU & MEREKA harus berkongsi perkara ini. Tanggungjawab sebagai seorang lelaki adalah berat. Namun di sebalik tanggungjawab itu sesekali KAU & MEREKA...perlu memikirkan keutamaan diri sendiri. Jadi mari bersama menjengah antara hobi yang boleh dipupuk oleh KAU & MEREKA...

     Jadi untuk mengetahui apakah hobi-hobi menarik yang sang jejaka boleh pilih dan menilai mana yang ideal bagi mereka sila CLICK sahaja LELAKI - KHALIFAH DI DUNIA untuk mendapatkan info lanjut.

AKU...KAU & MEREKA... 

UPDATE: RESEPI - MOH KITE PI DAPUR...

     Tahukah anda bahawa masakan adalah merupakan senjata yang sungguh kuat???...Masakan adalah senjata PELEMBUT, PENARIK dan PENCAIR HATI. Kepada perempuan yang bergelar isteri masakan adalah PELEMBUT HATI ibu mertua anda. Kepada perempuan yang bergelar kekasih masakan adalah PENARIK HATI pasangan mereka dan bagi yang lain ia bakal menjadi PENCAIR HATI ibu bapa mereka sendiri. Begitu juga dengan lelaki. Jadi... 
MOH KITE PI DAPUR...

RESEPI PERTAMA - ASAM PEDAS KEDAH

RESEPI KEDUA - AYAM MASAK KICAP

 RESEPI KETIGA - MEE REBUS

     Resepi yang nampak menyelerakan. Jadi apa KAU & MEREKA tunggu lagi. CLICK sahaja RESEPI - MOH KITE PI DAPUR untuk mendapatkan ramuan dan cara penyediaannya. SELAMAT MENCUBA.

AKU...KAU & MEREKA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...