RESEPI - MOH KITE PI DAPUR...

     Tahukah anda bahawa masakan adalah merupakan senjata yang sungguh kuat???...Masakan adalah senjata PELEMBUT, PENARIK dan PENCAIR HATI. Kepada perempuan yang bergelar isteri masakan adalah PELEMBUT HATI ibu mertua anda. Kepada perempuan yang bergelar kekasih masakan adalah PENARIK HATI pasangan mereka dan bagi yang lain ia bakal menjadi PENCAIR HATI ibu bapa mereka sendiri. Begitu juga dengan lelaki. Jadi... 
MOH KITE PI DAPUR...

RESEPI PERTAMA - ASAM PEDAS KEDAH

RAMUAN

5-6 ekor Ikan Kembung @ apa2 ikan kegemaran masing2
2 biji Ubi Keledek dipotong keping2
8 biji Cili merah,4biji cili padi, 4biji bawang merah ditumbuk lumat secekak daun kesum/daun laksa
1 btg bunga kantan
1 btg serai
2 kpg asam keping
garam secukup rasa
serbuk perasa

CARA PENYEDIAAN

Semua bahan tadi direbus bersama lebih kurang 1liter air.
Apabila mendidih masukkan ikan dan biar hingga masak.
Sedia dihidangkan...

RESEPI KEDUA - AYAM MASAK KICAP

RAMUAN

Ayam dipotong kecil (300g)
Bawang putih (4 ulas)
Halia (1 inci)
Cili padi (4 biji)
Bawang besar (1 biji)
Air (4 gelas)
Serai (1 batang)
Minyak untuk menumis (2 sudu)
Kicap (4 sudu)
Garam (secukup rasa)
Air asam jawa (secukup rasa)

CARA PENYEDIAAN

Hiris halus halia dan 2 ulas bawang putih.
Di dalam periuk, masukkan ayam, air, halia, bawang putih dan garam. Biar mendidih.
Apabila ayam masak, asingkan isinya.
Tumis 2 biji bawang putih (diketuk) hingga kuning.
Masukkan isi ayam, bawang besar, cili padi (dibelah dua) dan serai (diketuk). Kacau hingga kering.
Masukkan kicap dan kacau sebati.
Masukkan air asam jawa dan air rebusan ayam.
Biar mendidih kira-kira 5 minit sebelum dihidang.

RESEPI KETIGA - MEE REBUS

RAMUAN

500gm daging - potong kiub besar, rebus dan dihiris nipis
500gm keledek/ubi kentang - potong dan direbus
2 biji tomato - rebus sebiji2 bersama daging
10 ulas bawang putih - dikisar
3 biji bawang besar - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
100gm udang kering - dikisar
3 sudu makan cili kisar - kalau nak pedas tambah lagi
7-8 sudu makan cili sos - boleh dikurangkan mengikut citarasa
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak utk menumis.
** Daging, kentang dan tomato, direbus sekali. Kemudian kentang dan tomato(buang kulit) dan dikisar.
** Daging pula dihiris nipis-nipis

BAHAN-BAHAN LAIN

Mee kuning - celur sekejap dan toskan
Taugeh - celur sekejap dan toskan
Hirisan cili api/hijau dan merah
Hirisan daun bawang
Hirisan lemon/limau kasturi/limau nipis
Telur rebus - dibelah dua
Tauhu dan bawang goreng

CARA PENYEDIAAN

KUAH:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar (bwg2,halia&udg kering) hingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili, cili sos dan masak hingga garing, gunakan api kecil.
3. Masukkan keledek, tomato yang telah dikisar serta lebihan air rebusan dan masak hingga pekat (tambah air jika perlu) .
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (biasanya kuah mee rebus agak manis sedikit). Angkat dan hidangkan bersama mee kuning dan bahan2 lain semasa kuah masih panas.

MEE REBUS:
Ambil mee secukupnya dan isi dalam mangkuk, tuang kuah dan letak hirisan daging, taugeh bersama bahan2 yg lain.

AKU...KAU & MEREKA 

RESEPI KEEMPAT - NASI AYAM HAKKA

RAMUAN

  • 1 ekor ayam segar
  • Kicap cair
  • Minyak Bijian
  • Bawang merah 1 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • 1 ketul kecil halia
  • Beras 2 tin susu
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu kecil serbuk perisa
  • Sedikit lada putih

CARA PENYEDIAAN

  • Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Cucuk paha ayam dengan lidi, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
  • Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
  • Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
  • Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
  • Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
  • Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
    Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam. 
RESEPI KELIMA - IKAN MASAK TAUCHU (PEDAS)

RAMUAN

3 ekor ikan kembong jenis besar
2 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris serong
1 batang leek, dikerat2 dan rendam
1 camca besar sos tiram
1/2 inci halia, diketuk
2 camca besar cili kisar
1 1/2 camca besar tauchu
1/2 camca teh gula
1 cawan air

CARA PENYEDIAAN

  1. Ikan disiang, cuci bersih dan kelar2. Lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak, jangan terlalu garing, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawag besar, halia, bawang putih hingga layu, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah taucho dan sos tiram, kacau dan tuang air.
  3. Bila mendidih, tambah gula, cili hijau, leek(toskan dahulu) dan ikan goreng tadi, gaul rata, kecilkan api dan masak hingga kuah pekat sedikit, jika suka berkuah, boleh tambah sedikit lagi air. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.
 RESEPI KEENAM - DAGING BISTIK

RAMUAN

1/2 kg daging batang pinang, dihiris nipis
3 biji kentang, dipotong wedges
2 batang karot, dipotong ikut suka
2 biji tomato, dipotong empat
3 sudu makan rempah kari daging
3/4 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap
4 cawan air
sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

BAHAN UNTUK DIKISAR
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 batang lada merah
10 batang cili padi thailand

Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak, kentang yang telah dipotong wedges dan karot digoreng setengah masak, angkat, toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan rempah yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari dagiing kacau hingga sebati dan tuang sedikit air. Biar ia mendidih sekejap.
3. Masukkan sos tomato, garam, serbuk perasa dan juga kicap. Gaul rata. Masukkan pula air dan daging yang telah dihiris nipis. Gaul rata dan biarkan ia reneh pada api yang sederhana selama 10 minit.
4. Bila daging telah setengah masak, masukkan pula kentang dan karot yang telah digoreng tadi. Biarkan ia reneh lagi selama 10 - 15 minit sehingga semua kuah dan bahan-bahan sebati. Kalau airnya kurang boleh tambah sedikit.
5. Rasakan kuahnya jika kurang perasa, tambah apa yang patut. Masukkan tomato dan tutup api. Biarkan sebentar dan sedia untuk dihidang.

AKU...KAU & MEREKA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...