Khamis, 5 Mei 2011

PEOPLE - MOM...DAD...I LOVE YOU SO MUCH

HOLA...


    Salam kepada KAU & MEREKA di sana. Pagi ini AKU merasa SAYU... AKU terkenangkan arwah BAPA AKU yang telah kembali ke RAHMATULLAH pada tahun 2009. Mungkin kerana hari ini hari JUMAAT yang mana pada setiap hari JUMAAT selepas selesai solat JUMAAT, AKU akan menziarahi kubur arwah. Tapi SAYU AKU bukan sekadar mengenangkan arwah bapa AKU tetapi juga mengenangkan IBU yang sentiasa bersusah payah untuk anak-anaknya.

    Jadi AKU ingin berkongsi dengan KAU & MEREKA pengalaman dan apa yang AKU rasa ketika ini. Memandangkan HARI IBU baru sahaja lepas jadi fokus AKU mungkin kelihatan lebih kepada IBU. Bukan bermaksud mengenepikan BAPA cuma AKU rasa ramai antara kita yang lebih rapat dengan IBU dan juga melukakan hati IBU lebih daripada BAPA (IBU MUDAH TERASA BERBANDING BAPA). Biasalah NALURI keibuan lebih kuat dari BAPA.
 
      IBU BAPA adalah permulaan AKU...KAU & MEREKA. Dari mereka AKU...KAU & MEREKA lahir atas keizinan-NYA. Setiap anak wajib berbakti kepada IBU BAPA, lebih-lebih lagi bagi orang ISLAM yang sangat dituntut untuk berbuat BAIK terhadap orang tuanya. Ini sebagaimana ditegaskan pada AYAT 36, daripada SURAH AN-NISA' yang bermaksud: “Sembahlah ALLAH s.w.t dan janganlah kamu mempersekutukan-NYA dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (IBU BAPA).”

     Penegasan ini disusuli dengan sabda RASULULLAH s.a.w sebagaimana dinyatakan oleh AT-TABRANI, maksudnya: “Berbaktilah kamu kepada dua IBU BAPA kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara diri nya.”

     Berbaktilah KAU & MEREKA kepada ibu bapa kerana ia adalah WAJIB yang mana ia hukum ALLAH s.w.t. Anak yang enggan berbakti kepada dua IBU BAPA dianggap anak DERHAKA dan perbuatan DERHAKA adalah DOSA besar. Derhaka kepada IBU BAPA termasuk dalam empat DOSA besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata NABI yang dinyatakan BUKHARI: “Sebesar-besar (daripada) DOSA besar adalah menyekutukan ALLAH s.w.t, membunuh manusia, DERHAKA kepada IBU BAPA dan menjadi saksi palsu.”

     Perintah ISLAM supaya anak berbuat baik kepada IBU BAPA adalah perintah yang wajar. Baru saja tiga bulan hamil, si IBU menghadapi pelbagai KEPERITAN. Badan selalu letih, kepala pening dan selalu loya. Apabila kandungan semakin besar, hatinya diganggu was-was, khuatir dan penuh persoalan. Apa akan terjadi kepada anak yang bakal dilahirkan? Apakah jantinanya? Apakah sempurna anggotanya?

     Tiba detik melahirkannya, perasaan IBU bertambah gelisah. Khuatir keselamatan diri dan anak sentiasa menghantui fikiran. Tetapi segala kerisauan, kebimbangan dan kesakitan terubat sebaik mendengar tangisan bayi yang dilahirkan.



     Bermula anak yang sebesar tapak tangan itu, IBU BAPA tidak renggang membesarkan anaknya disusuli dengan KASIH SAYANG tidak berbelah bahagi. Makan, minum, pakaian, pendidikan dan segala keselesaan diberikan, sehinggalah anak yang kecil tadi menjadi seorang kanak-kanak, remaja dan dewasa seganding dengan IBU BAPANYA.

     Jasa IBU BAPALAH  membolehkan si anak mengenal dan mengecap NIKMAT dunia, malah dapat menggali khazanah dunia serta menerajuinya. Justeru, sudah selayaknya IBU BAPA dimuliakan, dibajai dengan kasih sayang sebagaimana mereka mencurahkan kasih kepada anaknya yang kecil dulu.

     Anak yang enggan berbakti kepada IBU BAPA adalah anak DERHAKA, yang menerima balasan buruk. Ini sebagaimana dapat difahami daripada hadis yang diceritakan Tabrani: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh ALLAH s.w.t di dunia ini adalah ZINA dan DERHAKA kepada dua IBU BAPA.”

     Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa AZABNYA derita yang ditanggung DERHAKA di dunia. SEKSA ini datang dalam bentuk PENDERITAAN sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah, gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan.

     Kisah WAIL BIN KHATTAB pada zaman NABI MUHAMMAD s.a.w. Satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu CINTAKAN isteri, WAIL selalu mencaci IBUNYA, mempercayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan IBUNYA. Waktu WAIL menghadapi kematian, dia mengalami PENDERITAAN sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur sehingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.

     Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku. Sahabat menunggu KEMATIANNYA, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat PENDERITAAN yang dihadapi WAIL. Mereka bersilih ganti mengajarkan WAIL mengucap KALIMAH SYAHADAH, namun semuanya buntu. WAIL cuba sedaya upaya mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh, oh”. Keadaan semakin mengerikan.

     Akhirnya seorang sahabat, ALI BIN ABI TALIB menemui NABI bagi menceritakan keadaan WAIL. NABI MUHAMMAD s.a.w meminta IBU WAIL dijemput menemui beliau. NABI mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan WAIL terhadap IBUNYA sebelum sakit. Apabila ditanya, IBU WAIL menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan mengikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan IBUNYA berasa sakit hati kepadanya.



     NABI MUHAMMAD s.a.w memujuk IBU WAIL supaya segera mengampuni DOSA anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan WAIL yang menyakitkan hatinya. Melihat keadaan itu, NABI termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. WAIL akan dibakar hidup-hidup.

     NABI MUHAMMAD s.a.w menyatakan, jika IBU WAIL tidak mahu memaafkan dosa anaknya, WAIL akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti. Mendengar kata-kata NABI itu, IBU WAIL segera berkata: “Wahai RASULULLAH, jangan dibakar dia. WAIL anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan.” Menurut sahabat, sebaik saja WAIL diampuni IBUNYA, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat MENGUCAP SYAHADAH dan menghembuskan nafas terakhir.     

     Apa yang AKU catat di atas bukan sahaja ditujukan kepada KAU & MEREKA tetapi juga kepada AKU sendiri. AKU percaya dalam kehidupan seharian AKU...KAU & MEREKA pastinya kita ada melakukan kesalahan tanpa disedari. Contohnya apabila si IBU memanggil, kita menjawab dengan nada yang agak tinggi. Tahukah KAU & MEREKA kemungkinan si IBU berkecil hati???... Kecil di mata kita sebagai anak-anak tetapi tidak bagi seorang IBU dan ALLAH s.w.t juga memandang berat hal ini.

     AKU cukup tidak memahami mengapa anak-anak hari ini sanggup memperlakukan perkara yang buruk kepada IBU BAPA. AKU sangat berharap KAU & MEREKA tidak begitu. Ada anak yang mengabaikan IBU BAPA mereka kerana sibuk berkerja atau bersama keluarga mereka. Tahukah KAU & MEREKA bahawa IBU BAPA tidak pernah mengharapkan anak-anak memberi mereka wang dan kemewahan. Apa yang IBU BAPA mahu hanyalah anak-anak iaitu KAU & MEREKA sentiasa ada. Menemani dan mengambil berat seperti mana mereka menjaga KAU & MEREKA dahulu.

     Semenjak dilahirkan anak-anak tidak pernah membantah dan mempersoalkan tindakan IBU BAPA. Semuanya baik hinggakan ada antara KAU & MEREKA berjaya pada hari ini. Tetapi mengapa apabila anak-anak sudah mampu BERKATA-KATA dan mengenal dunia mereka mula menyoal apa yang dilakukan IBU BAPA dan sentiasa merasakan ada yang tidak kena (PELIK BETUL...). Sebagai anak-anak AKU juga ingin kongsikan dengan KAU & MEREKA tanggungjawab kita:


  1. Anak perlu menjaga hati IBU BAPA yang banyak berkorban membesarkan mereka.
  2. ALLAH s.w.t menjadikan manusia dengan tanggungjawab. Ketua keluarga mendidik zuriat untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat. Anak pula perlu PATUH kepada arahan IBU BAPANYA yang tidak bercanggah dengan hukum ALLAH s.w.t
  3. Jagalah kehidupan IBU BAPA sendiri selagi hayat di kandung badan. Jasa mereka adalah HUTANG anak sepanjang hayat.
  4. Sikap DERHAKA amat KEJI dan boleh MEROSAKKAN jiwa. Anak perlu matang bertindak terutama berkaitan hubungan dengan IBU BAPA.
  5. Redakan KESILAPAN sedikit IBU BAPA kerana sumbangan mereka membesarkan anak mengatasi segala-galanya.
     AKU pasti KAU & MEREKA tidak mahu dikatakan dirinya anak DERHAKA. Tetapi tindakan dan sikap yang ditunjukkan oleh seseorang anak itu adalah gambaran ZAHIR yang tidak dapat disembunyikan. Penderhakaan itu akan membekas di hati IBU BAPA dan akan dibawa sampai ke MATI. Ada yang berpendapat bahawa semua itu adalah akibat salah IBU BAPA mendidik. Tetapi bukankah manusia bertambah dewasa dan tahu MEMILIH betul atau salah.

     Ada juga yang buta hati sehinggakan berkata IBU BAPA yang DERHAKA kepada anak-anak. Makusdnya anak mengatakan IBU BAPA tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik. HATI jenis apakah yang sanggup membalas KEKHILAFAN IBU BAPA dengan kejahatan dan dendam???... Adakah ia bermakna jika seorang IBU menampar anak dan di kemudian hari anak berhak untuk menampar IBU semula???... HATI anak yang sudah gelap sahaja berbuat begitu (SIAL PUNYA ANAK...SORRY...GERAM PADA ANAK MACAM ITU).

     Jika memang IBU BAPA itu JAHAT, apakah mereka akan membiarkan anak-anak hidup dari kecil sehingga besar???... Mereka boleh melepaskan tanggungjawab jika mereka MAHU. Tetapi si anak, mengapa disebabkan kesalahan yang sedikit maka kebaikan IBU BAPA yang terlalu banyak dilupakan???... Percayalah pada AKU bahawa IBU BAPA adalah kekuatan diri kita.

     Tahukah KAU & MEREKA bahawa IMAN KAU & MERKEA tidak akan sempurna jika KAU  & MEREKA mencalarkan KEBENINGAN hati IBU BAPA. Percayalah dalam KESIBUKAN dunia yang menenggelamkan hati dan perasaan KAU & MEREKA, ada satu masa KAU & MEREKA pasti berasa terseksa apabila terkenangkan kembali PELUKAN dan CIUMAN kasih IBU dan AYAH KAU & MEREKA. Lebih teruk apabila KAU & MEREKA terkenangkan segala kesalahan yang telah KAU & MEREKA lakukan.     

     Kembalilah kepada IBU BAPA dengan hati yang ikhlas. Lakukanlah dan mohonlah AMPUN dan MAAF atas segala kesilapan KAU & MEREKA sebelum segala berakhir dengan KESEDIHAN dan PENYESALAN sepanjang hayat. Tidak kiralah jika mereka IBU BAPA TIRI namun apabila mereka berkorban terutamanya dalam membesarkan KAU & MEREKA dari kecil wajiblah kau melayan dan menganggap mereka seperti IBU BAPA kandung.

     Pesan AKU pada KAU & MEREKA agar hargailah IBU BAPA. Balaslah jasa mereka. Berilah merekaj KASIH SAYANG sepertimana mereka berikan kepada KAU & MEREKA semenjak kecil. Janganlah dijadikan kesibukan kerja, harta dunia, suami atau isteri menjadi penghalang kepada KAU & MEREKA berbakti kepada IBU BAPA. AKU berpesan kepada KAU & MEREKA termasuk diri AKU juga. Jadi AKU sertakan DOA yang dapat KAU & MEREKA kongsikan:


-DOA UNTUK IBU BAPA-
 
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka, Perindahlah ucapanku di depan mereka, Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan,
Lembutkan hatiku untuk mereka.
 
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya atas didikan mereka padaku dan, 

Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, 
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
 
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau,

hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,  
Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan, 
bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
 
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,   

Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku,   
Tetapi jika sebaliknya, 
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka sehingga kami semua berkumpul bersama,
dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, 
Ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
 
Amin Ya Rabbul Alamin..
 

marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kederhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah... barang siapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka seksanya didahulukan di dunia ini. Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Satu PRINSIP yang diajar oleh RASULULLAH sebagai ingatan bahawa KEBAHAGIAAN anak itu bermula daripada hati IBU BAPA yang reda:

"KAMU DAN SEMUA MILIKMU, SEMUANYA ADALAH MILIK AYAH IBUMU!"

AL-FATIHAH KEPADA ARWAH AYAH...
SELAMAT HARI IBU KEPADA IBUKU DAN SEUA IBU DI DUNIA...

AKU...KAU & MEREKA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...