Rabu, 4 Mei 2011

GIRLS - I KNOW HOW TO ASSESS A GUY

HOLA...


    Apa khabar KAU & MEREKA di sana???... AKU harap KAU & MEREKA sihat sahaja. Dalam kesibukan akitiviti harian AKU sehari-hari, AKU kembali bersama nukilan dan coretan seterusnya. Selepas beberapa ENTRY tidak melibatkan GUYS or GIRLS dan hari ini AKU menulis mengenainya semula. Kepada GIRLS di luar sana marilah berkongsi dengan AKU pengetahuan ini.

    Dalam kehidupan harian AKU tidak dinafikan bahawa AKU sering mendengar pelbagai pengalaman BURUK GIRLS samada dari KAU & MEREKA ataupun dari sumber-sumber yang lain. Penglaman BURUK yang bagaimana???... Pastinya pengalaman BURUK bersama lelaki. Penat dan bengang juga bila AKU mendengar perkara ini sering terjadi. Kenapa???... Kerana AKU dan juga lelaki yang lain yang ikhlas terhadap perempuan turut menerima tempiasnya.

    Kepada lelaki... WHY???... apa yang terjadi pada KAU & MEREKA hinggakan sanggup memperlakukan perempuan seperti itu. AKU faham dan AKU juga tahu bahawa ada juga perempuan yang bersikap buruk. Maaf AKU katakan tetapi AKU juga setuju bahawa zaman ini wujud perempuan yang bercirikan perempuan 'JALANG' (SORRY TAPI PERKATAAN TU YANG SESUAI).

   Tetapi jika itu dijadikan alasan oleh lelaki sbagai punca mereka mempermain dan tidak menghargai perempuan AKU sendiri tidak bersetuju sama sekali. Bagi AKU perempuan diciptakan untuk lelaki untuk memenuhi kekurangan seseorang lelaki bukan untuk dibuat 'PENYEDAP' (SORRY SEKALI LAGI) atau untuk keseronokan semata-mata. AKU cukup seronok bila terlihat pasangan yang sudah TUA tapi masih BERPIMPIN tangan ketika berjalan dan BERSUAP ketika makan (BAHAGIANYA...).

    AKU tidak dapat melakukan apa-apa untuk lelaki mahupun perempuan. AKU hanya boleh memberi pandangan dan nasihat. AKU tidak mampu mengubah pendirian seseorang. AKU juga tidak mampu menghalang lelaki dari mempermainkan perempuan dan AKU tidak juga mampu menghalang perempuan dari berpandangan NEGATIF terhadap lelaki. 

    Jadi kepada perempuan AKU ingin kongsikan pengetahuan AKU dengan KAU & MEREKA tentang cara-cara menilai seorang lelaki. Adalah sukar untuk menilai lelaki dari kata-kata. Ini kerana ada lelaki yang pandai mengungkapkan ayat-ayat manis yang mudah dipercayai perempuan. AKU di sini ingin memberi dan berkongsi cara menilai lelaki dari gaya perlakuannya bersama KAU & MEREKA supaya KAU & MEREKA dapat menilai seseorang lelaki dan mengelakkan dari tertipu dan dipermainkan.

* NOTE: semua yang tertera di bawah bukanlah 100% benar. ia hanyalah pandangan dan nukilan semata-mata. ambillah ia sebagai renungan dan mungkin panduan untuk menjadikan kehidupan lebih baik.



Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika KAU & MEREKA tahu menilai pergerakannya KAU & MEREKA pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.
 
MENGANGGUKKAN KEPALA
Apabila KAU & MEREKA berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri KAU & MEREKA. Dia juga sentiasa membantu bila KAU & MEREKA perlukan pertolongan.

MENDEKATKAN BADAN
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri KAU & MEREKA bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.
 
MERENUNG
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang KAU & MEREKA boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.
 
MENGGERAKKAN TANGAN DAN BADAN
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.
 
SUKA BERDIRI
Apabila bercakap, KAU & MEREKA duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.
 
MEMANDANG MATA
Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.
 
SENSITIF PADA JARAK
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauh mana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

MENIRU GERAK
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

     Bermula dari saat ini sebagai seorang perempuan kini KAU & MEREKA sudah mempunyai cara lain untuk menilai seorang lelaki. Tetapi harus diingatkan bahawa seorang lelaki yang ikhlas juga mampu menonjolkan diri kepada KAU & MEREKA melalui kata-kata. Terpulang pada NALURI KAU & MEREKA untuk menilainya. Pada AKU, KAU & MEREKA harus memberi peluang dan dalam masa yang sama berhati-hati dengan mereka.

AKU...KAU & MEREKA... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...