Memaparkan catatan dengan label SERAM SEJUK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SERAM SEJUK. Papar semua catatan

Ahad, 1 Mei 2011

PEOPLE - I SEE WHAT YOU MAY NOT SEE (PART 2)

HOLA...


     FLAT RIVERA... Di situlah pengalaman AKU dengan MAHKLUK-MAHKLUK HALUS bermula. Beberapa pengalaman yang telah AKU kongsikan dengan KAU & MEREKA sebelum ini adalah permulaannya. Selepas ini akan AKU kongsikan beberapa lagi kisah SERAM yang menjadi ingatan dalam hidup AKU. Kepulangan AKU dari KUALA LUMPUR bukan dengan tangan kosong. AKU turut membawa KEBOLEHAN melihat MAHKLUK HALUS bersama AKU.

     Seperti yang pernah AKU katakan pada KAU & MEREKA dalam nukilan PART 1 bahawa AKU amat memahami jika ada antara KAU & MEREKA yang tidak mempercayai kata-kata AKU. AKU faham dan AKU tidak kisah. Tetapi AKU harap KAU & MEREKA dapat membaca pengalaman AKU ini sehingga habis. Manalah tahu jika KAU & MEREKA ingin menjadikan pengalaman AKU ini sebagai bahan untuk dikongsi dengan yang lain.




PENGALAMAN KEENAM - TAMAN REKREASI PINTU GUGUP, GUAR MANONG
     Ingatkah lagi KAU & MEREKA di akhir nukilan PART 1 ada AKU nyatakan pengalaman SERAM yang AKU lalui melibatkan ORANG ASLI PEDALAMAN???... Pengalaman ini terjadi di kawasan rekreasi iaitu tempat yang kerap kali AKU dan keluarga AKU pergi berkelah (KAMPUNG AKU...). Sepanjang hidup AKU pergi ke sana tidak pernah sekali pun AKU terserempak dengan perkara-perkara aneh tetapi ia berlaku selepas kepulangan AKU dari KUALA LUMPUR.
     Ia bermula ketika AKU bersama keluarga dan sanak-saudara sedang seronok bermandi-manda. Kehadiran kami ke kawasan itu telah memecah segala KESUNYIAN di sana. Manakan tidaknya apabila anak-anak kecil riang bermain, berkejaran dan menjerit KERIANGAN. Sudah menjadi kebiasaan jika pergi berkelah AKU dan keluarga akan pergi bersama sanak-saudara yang tinggal berhampiran.
     Ketika itulah AKU mula menyedari sesuatu. Suara kanak-kanak KERIANGAN tadi tiba-tiba hilang dari telinga AKU. Keluarga dan saudara-mara jelas didepan mata tetapi suara mereka tidak kedengaran. Apa yang AKU dengar ketika itu hanyalah bunyi angin yang bertiup. Lantas mata AKU mula memandang sekeliling.
     Setelah memandang ke setiap sudut kawasan tiba-tiba AKU ternampak kelibat MANUSIA berdiri tegak di dalam semak. Pada mulanya AKU sangkakan ia seekor binatang tetapi susuk tubuhnya jelas memperlihatkan ia seperti MANUSIA. Apa yang AKU lihat ialah seorang LELAKI berbadan tegap yang sedang berdiri lurus dan memandang AKU dan keluarga AKU dengan pandangan yang sungguh tajam. LELAKI itu berpakaian seperti ORANG ASLI yang tinggal di kawasan pedalaman di SABAH atau SARAWAK.
     Kemudian LELAKI itu menyedari bahwa AKU telah mengetahui kehadirannya. Lalu dia pun keluar dari semak itu dan berdiri di atas sebuah BATU besar berhampiran kawasan AKU mandi. Tanpa membuang masa AKU bertanya kepada IBU samada dia juga nampak LELAKI yang sedang berdiri tegak di atas BATU itu. IBU tidak nampak. Begitu juga dengan pakcik AKU.
     Selepas seketika LELAKI itu hilang dari pandangan AKU. Selepas semua selesai AKU pun menceritakan apa yang AKU lihat kepada IBU dan dua orang pakcik AKU yang telah berpuluh tahun menetap di kawasan itu. Mereka menyatakan bahawa tiada perkampungan orang asli di kawasan tersebut. Apa yang AKU lihat mungkin MAHKLUK yang digelar 'BULUN'.
     Mengikut cerita IBU dan pakcik AKU, BULUN ialah MAHKLUK HALUS. Mungkin dari perkampungan BUNIAN. Semasa IBU dan pakcik AKU masih kecil mereka pernah terserempak dengan BULUN kerana BULUN selalu membantu arwah DATUK ketika menjalankan sesi rawatan tradisionalnya. Jadi ada kemungkinan kehadiran BULUN adalah untuk melihat waris kepada arwah DATUK AKU. Pengalaman terserempak dengan BULUN sudah beberapa kali AKU lalui.



PENGALAMAN KETUJUH - CHANGKAT PARAH (CORNER MAUT)
     Pengalaman AKU yang seterusnya berlaku ketika AKU sedang menunggang motorsikal pulang dari kampung di TELUK INTAN ke PARIT. AKU sudah mengetahui pelbagai cerita yang agak menyeramkan yang berlaku di jalan tersebut. CORNER MAUT yang telah meragut banyak nyawa. Jika tidak ada kematian pun pastinya berlaku kemalangan. Antara alasan punca kemalangan ialah ada antara mangsa berkata mereka cuba untuk MENGELAK sesuatu mengakibatkan kenderaan mereka terbabas.
     Ketika itu AKU menunggang YAMAHA 125Z yang mana ekzosnya sudah siap DIBIKIN (INI BUKAN PASAL MOTOR...). Jadi faham-fahamlah bunyinya yang agak kuat dan nyaring. Namun tepat jam 4.30 petang waktu ketika AKU malalui jalan tersebut keadaan sunyi sepi. AKU tidak lagi medengar bunyi ekzos yang kuat tadi. Cuaca yang panas menjadi redup dan tidak ada kenderaan lain yang lalu ketika itu.
     Tibanya AKU di CORNER MAUT itu dan tidak semena-mena turun TUJUH ORANG LELAKI BERPAKAIAN SERBA PUTIH melintas jalan. Mereka turun dari tebing bukit di tepi CORNER MAUT tersebut. AKU dengan pantas memperlahankan motorsikal AKU. Ketujuh-tujuh orang LELAKI itu memakai serban dan jubah. Mereka umpama bersinar-sinar.
     Tutunnya mereka dari tebing bukit itu terus menghala ke sungai yang berada di bawah. Pada ketika itulah AKU mula terfikir bahawa ada kemungkinan mereka ini adalah BUNIAN. Jika tidak pun mungkin mereka JIN dan tujuan mereka ke sungai adalah untuk mengabil WUDUK. Waktu itu sememangnya waktu SOLAT ASAR. Tanpa berfikir panjang AKU teruskan perjalanan kerana AKU ketakutan.



 PENGALAMAN KELAPAN - BUKIT BERAPIT (JALAN SUNYI)
     Selepas pulang dari KUALA LUMPUR, AKU menyambung pengajian ke sebuah lagi pusat pengajian tinggi. Pada awal permulaan AKU belajar di sana AKU mempunyai kelas pada sebelah petang. Malahan ada juga kelas yang bermula lewat petang dan habis pada waktu malam. Jadi AKU perlu pulang ke rumah yang mengambil masa sejam perjalanan dan semestinya sampai agak lewat.
     Dari IPOH untuk ke PARIT AKU perlu melalui BUKIT BERAPIT. Kawasan BUKIT BERAPIT ini dahulunya ada sebuah kawasan yang dijadikan tempat pelupusan SAMPAH. Tempat pelupusan SAMPAH itu berada betul-betul di tepi jalan. Sesiapa sahaja yang melalui kawasan itu dapat melihatnya. Jadi di sinilah AKU menambah koleksi pengalaman SERAM AKU bersama MAHKLUK-MAHKLUK ini.
     AKU sebenarnya sudah mengetahui kekerasan kawasan itu dari awal lagi. Ianya berlaku pada AKU sendiri. Pernah sekali AKU pergi ke IPOH jam tiga pagi untuk mengambil kakak AKU yang pulang dari KELANTAN dengan menaiki bas. Jadi AKU perlu ke IPOH kerana waktu itu tiada pengangkutan awam yang boleh menghantar kakak AKU
     Jadi ketika AKU melalui kawasan BUKIT BERAPIT motorsikal AKU terasa berat. AKU yang mula gelisah membaca AYAT KURSI. Mujurlah selepas itu keadaan kembali seperti biasa. Seminggu selepas kejadian itu IBU menceritakan bahawa rakan sekerjanya demam seluruh keluarga. Ketika mereka pulang dari KUALA LUMPUR dan melalui kawasan itu jam dua pagi mereka dikejar POCONG. POCONG tersebut melompat-lompat disebelah kereta mereka yang bergerak laju.
     Kembali kepada pengalaman AKU di BUKIT BERAPIT. Beberapa kali AKU pulang malam dan melalui kawasan itu AKU ternampak pelbagai KELIBAT dan LEMBAGA yang amat mengerikan. AKU pernah ternampak BUDAK LELAKI hanya memakai seluar pendek dengan mulutnya dipenuhi DARAH berdiri di tepi jalan. Ada juga MAHKLUK seakan-akan PEREMPUAN dengan rambut panjang melekat di 'SIGN BOARD' di tepi jalan.
     Bukan itu sahaja. Ada juga sekali AKU terlihat sebuah motorsikal yang berada di depan AKU membawa 'SESUATU'. Pada asalnya AKU menyangka penunggang itu membawa BEG atau BAKUL tetapi setelah AKU ekori lebih rapat rupanya satu LEMBAGA menumpang di belakangnya. LEMBAGA itu memeluk erat si penunggang (APA LAGI...PECUT!!!...). Banyak lagi yang pernah AKU lihat di kawasan itu tapi cukuplah rasanya.



PENGALAMAN KESEMBILAN - RUMAH
     Ha... Pengalaman ini AKU lalui di rumah AKU sendiri. Tidak banyak yang boleh AKU ceritakan tetapi bagi AKU ini juga pengalaman yang agak menyeramkan. Kejadian berlaku ketika IBU AKU sedang dalam PANTANG selepas melahirkan adik AKU. Ketika itu IBU dan adik AKU yang masih bayi berada di ruang tamu rumah. IBU AKU baring sambil menonton TV. Adik AKU pula ada di sebelah. AKU pula berada di pintu rumah dan ketika itulah munculnya satu LEMBAGA.
     Lembaga yang muncul itu memakai JUBAH berwarna putih berkilau-kilau. Dia juga memakai SERBAN. Kehadirannya bersertakan bau WANGI dan juga angin sepoi-sepoi bahasa. Bagi AKU keadaan itu sememangnya agak selesa tetapi masih menyeramkan. Manakan tidaknya ketinggiannya sahaja adalah setinggi pintu bilik dan badannya yang tegap menambahkan ketakutan. MAHKLUK itu hanya berdiri dan memandang tepat ke arah IBU dan adik AKU. Kemudian ia GHAIB entah ke mana.

TAMAT PART 2

     Jadi itulah dia kisah SERAM yang menjadi pengalaman AKU yang telah AKU kongsika bersama KAU & MEREKA. Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang AKU lalui tetapi cukuplah ini untuk dikongsikan. Bukan apa bagi AKU yang utama kita YAKIN dan hanya TAKUT pada ALLAH s.w.t dan bukan MAHKLUK-MAHKLUK lain yang juga dicipta-NYA. Lagi pun AKU tahu antara KAU & MEREKA tidak ramai yang percaya cerita AKU ini.

     Namun bagi yang mempercayai cerita AKU ini terima kasih AKU ucapkan. Bukan apa cuma AKU rasa KAU & MEREKA faham bertapa susahnya AKU memiliki kelebihan ini (AKU BUKAN BERANI SANGAT...). Bayangkanlah KAU & MEREKA sentiasa nampak MAHKLUK-MAHKLUK yang tidak ingin kita lihat. AKU bersyukur pada ALLAH s.w.t diberi peluang tetapi yang lebih penting sekarang AKU kurang MELIHATNYA lagi. Mungkin kerana AKU tidak mahu dan terlalu takut. WALLAHUALAM...

AKU...KAU & MEREKA...

Sabtu, 30 April 2011

PEOPLE - I SEE WHAT YOU MAY NOT SEE (PART 1)

HOLA...

     Setiap manusia di DUNIA ini mempunyai KELEBIHAN dan KEBOLEHAN tersendiri yang dianugerahkan TUHAN. AKU pasti KAU & MEREKA juga sama. Ada antara KAU & MEREKA yang dianugerahkan jari yang pantas MEMETIK tali gitar yang menghasilkan alunan lagu yang lunak. Ada juga antara KAU & MEREKA yang mempunyai SUARA yang merdu. Akhirnya KAU & MEREKA menjadi artis. Ada juga yang handal MELUKIS hingga terhasilnya karya-karya hebat yang mewarnai sesebuah LUKISAN.

     KELEBIHAN dan KEBOLEHAN yang lain juga yang dapat AKU...KAU & MEREKA lihat ialah ada antara KAU & MEREKA petah berkata-kata. Kepetahan itu digunakan dalam bidang PERNIAGAAN, UNDANG-UNDANG, AHLI POLITIK dan banyak lagi. Kesemuanya mampu menarik perhatian ramai orang. Conthnya dengan berniaga kepetahan berkata-kata dapat MENARIK lebih ramai pelanggan terutamanya dalam MEMPROMOSIKAN produk yang KAU & MEREKA wakili.

     Namun ada juga KELEBIHAN dan KEBOLEHAN yang boleh dikategorikan sebagai KEKURANGAN. Contohnya AKU... AKU tahu pasti apa yang AKU kongsikan ini akan mendatangkan sangsi di kalangan KAU & MEREKA. AKU takkan salahkan KAU & MEREKA kerana majoriti yang mendengarnya tidak percaya juga. Tapi ini KELEBIHAN AKU. KELEBIHAN dan KEBOLEHAN yang AKU pun tidak tahu kenapa AKU perolehinya.

      KAU & MEREKA tahu apa KELEBIHAN dan KEBOLEHAN yang AKU miliki???... Percaya atau tidak semuanya terserah kepada KAU & MEREKA untuk menilainya. Yang AKU tahu sememangnya AKU mengalami dang mengadapinya. Susah senang AKU tidak ada yang tahu malah ada yang menafikan serta mengutuk AKU (LANTAK KORANG LAH!!!...).

     HANTU!!!... Ya, AKU ada pengalaman itu. AKU diberi ANUGERAH untuk melihat mereka (HANTU). Ha mesti ada antara KAU & MEREKA sedang ketawa berdekah-dekahkan???... AKU tak marah mahupun kecil hati. Apa yang AKU minta hanya KAU & MEREKA membaca kisah AKU ini sampai habis kerana AKU ingin berkongsi pengalaman SERAM aku dengan KAU & MEREKA.

     Sebelum AKU meneruskan dengan lebih lanjut kisah AKU dengan 'BENDA-BENDA' ni aku nak cerita secara ringkas serba sedikit LATAR BELAKANG AKU yang AKU pun tahu sikit-sikit sahaja (PUNCA KEPADA KEBOLEHAN AKU). Menurut IBU aku dahulu arwah DATUK AKU merupakan seorang pengamal perubatan TRADISIONAL. TRADISIONAL yang macam mana AKU pun tak tahu. Tapi sememangnya melibatkan 'MAHKLUK-MAHKLUK HALUS'. IBU AKU pernah berkata MAHKLUK HALUS ini masih dapat dilihat sekarang.

      Di sebelah kakak AKU pula katanya dia juga dapat MERASAKAN kehadiran MAHKLUK-MAHKLUK HALUS ini (RASA JE LA TAPI TAK NAMPAK...). Jadi dia pun berusahalah denga pergi berubat. Hasilnya dia diberitahu bahawa keluarga AKU sebelah AYAH pula ada kaitan dengan WALI SONGO dari indonesia (AKU ADA DARAH JAWA...). Nak percaya ke tak AKU pun tak tahu.

     Itu tadi kisah pendek AKU yang AKU rasa ada kaitan dengan KELEBIHAN dan KEBOLEHAN AKU ini. Jadi bolehlah AKU mulakan kisah AKU dengan berkongsi bersama KAU & MEREKA. Ini adalah penglaman AKU yang AKU tak tipu (SUMPAH...). Yang tak percaya tidak mengapa tapi terus membaca.


PENGALAMAN PERTAMA - FLAT RIVERA
     Masa itu AKU masih lagi bergelar seorang pelajar. AKU belajar di sebuah UNIVERSITI (NAMA TAK PAYAHLAH TULIS...) yang mana terletak di TAMAN MALURI, Kuala Lumpur. Ketika itu AKU tinggal di asrama di PANDAN INDAH. Asrama tersebut berupa FLAT 11 tingkat (FLAT RIVERA) tetapi pelajar yang tinggal di FLAT tersebut hanya tinggal hingga tingkat 7. Persoalan yang bermain-main difikiran AKU ketika mula sampai di sana ialah mengapa tingkat 8 hingga tingkat 11 dikosongkan???...
     Pengalaman AKU dengan MAHKLUK-MAHKLUK HALUS ini bermula di sini dan banyak terjadi di sini. Beberapa minggu selepas AKU mula selesa di sana AKU pun mengalami pengalaman SERAM AKU. Pada satu malam ketika AKU sedang nyenyak tidur AKU terjaga. Ketika itu AKU tidur di atas katil dua tingkat. AKU berada di bawah manakala 'ROOMMATE' AKU dari Sabah tidur MATI di atas. Waktu itu AKU sendiri tidak pasti masanya tapi ia berlaku pada tengah malam ketika semua nyenyak tidur.
     AKU masih belum beritahu KAU & MEREKA punca AKU terjagakan???... Ya, AKU terjaga kerana ada HANTUUU... (SERAM GILER...). Ketika itu AKU merasakan IBU jari kaki kanan AKU terasa amat sakit seperti digigit sesuatu. Selepas AKU bangun AKU terlihat SATU LEMBAGA seperti seorang budak sedang memegang IBU jari kaki AKU yang sakit tadi.
     Apa yang AKU buat???... Dalam ketakutan dan kesakitan yang teramat sangat, AKU mengambil tindakan dengan memulas perut MAHKLUK itu (INI ADALAH BENAR-BENAR TERJADI...) lalu ia melepaskan genggamannya pada IBU jari kaki AKU tadi. Selepas itu AKU tidak mampu tidur. Keesokkan harinya AKU menceritakan apa yang terjadi kepada rakan-rakan AKU yang lebih senior. Selepas itulah segalanya terungkai.
     FLAT RIVERA ini sebenarnya pernah dihuni oleh anggota tentera. Tentera tersebut tinggal di tingkat 11 (BARU AKU TAHU KENAPA KOSONG...). Menurut cerita tentera tersebut telah membunuh isteri dan anaknya dengan kejam di tingkat 11. Selepas itu pelbagai perkara pelik dan mengerikan berlaku. Tiada siapa ingin menyewa FLAT RIVERA itu hinggakan ia dijadikan asrama pelajar.

PENGALAMAN KEDUA - FLAT RIVERA
     Kejadian kedua masih berlaku di FLAT ini. Satu malam ketika AKU dan dua orang rakan sedang rancak berbual AKU terkejut apabila terlihat sesuatu. Ketika itu AKU bersandar di dinding menghadap mereka yang seorang duduk di atas meja dan seorang lagi berdiri. Kedudukan mereka menyebabkan bayang-bayang mereka terhasil di lantai. Ketika AKU sedang rancak berbual tiba-tiba AKU menyedari sesuatu.
     Di antara bayang-bayang dua orang rakan AKU tadi terlihat satu lagi bayang-bayang yang lebih kecil berbanding mereka. Pada mulanya AKU hanya berdiamkan diri. Namun apabila rakan AKU mula menyedari perubahan air muka AKU mereka pun bertanya. AKU memberitahu mereka. Mereka juga nampak bayang-bayang itu lantas berlari ke arah AKU (AKU SENDIRI PUN DAH PUCAT...). Ketika itulah AKU ternampak kelibat seorang BUDAK perempuan berdiri melihat kami dan kemudian hilang begitu sahaja.


PENGALAMAN KETIGA - FLAT RIVERA
     Masih lagi di FLAT yang sama. Kejadian berlaku ketika AKU dan dua orang rakan AKU ingin keluar ke gerai berhampiran untuk mencari makan. Pada mulanya AKU dan seorang rakan ini sahaja yang ingin pergi ke gerai tersebut. Tetapi ketika hendak turun dari tingkat dua menggunakan LIF kami terserempak dengan seorang lagi rakan. Rakan itu juga mahu MENGIKUT kami ke gerai.
     Jadi kami pergi bertiga tetapi rakan yang baru AKU jumpa tadi tertinggal DOMPET di dalam biliknya. Jadi AKU terpaksa naik semula mengikutnya ke bilik. Samapai di bilik AKU dan seorang lagi rakan tidak masuk ke dalam. Hanya yang tertinggal DOMPET sahaja yang masuk. Selepas seketika dia keluar. Jadi kami terus menuju ke arah LIF.
     Selepas memasuki LIF, AKU dan seorang rakan rancak BERBORAK manakala yang seorang lagi hanya MENDIAMKAN diri. Dia berdiri di belakang dan bersandar di dinding LIF tanpa berkata apa-apa. AKU tidak merasakan apa-apa. Tetapi bila AKU berpaling ke belakang AKU terlihat SEORANG PEREMPUAN memakai baju berwarna putih setinggi ruangan LIF itu. Rambutnya panjang mengurai. AKU yang ketakutan (RASA NAK TERKENCING PUN ADA...) hanya mendiamkan diri.
     Sampai di bawah AKU memberitahu pada rakan AKU supaya jangan berpaling. Keluar dari LIF dan berjalan terus. Dia terlihat seorang lagi rakan kami (YANG TERTINGGAL DOMPET) tidak turun dan pintu LIF tertutup. Selepas itu 'HANDPHONE' rakan AKU tadi berdering. Selepas menjawab panggilan, rakan AKU itu terketar-ketar lalu pengsan.
     AKU memaklumkan kepada warden dan keesokkan harinya ibu bapa rakan AKU tadi membawanya pulang. Seminggu dia CUTI. Rakan AKU yang seorang lagi pula marah-marah kerana kami tidak menunggunya semalam. Rupanya dialah yang menelefon rakan AKU yang pengsan tadi dan bertanya kenapa kami tidak menunggunya. 
     Selepas itu AKU pun menceritakan apa yang AKU dan rakan AKU yang pengsan tadi alami. Malam itu dari bilik kami sememangnya nampak rakan AKU itu yang mengekori kami ke dalam LIF. Namun ketika berada di dalam LIF ada MAHKLUK lain yang menjelma. Mujurlah rakan AKU yang pengsan itu tidak nampak apa yang AKU nampak jika tidak pasti CUTI sebulan.

PENGALAMAN KEEMPAT - FLAT RIVERA
     Pengalaman ini sebenarnya terjadi atas kebodohan AKU sendiri. Ada di antara rakan-rakan AKU menceritakan pada AKU pada waktu malam dari tingkat 11 FLAT ini boleh melihat dengan jelas cahaya lampu yang cantik dari GENTING HIGHLAND (AKU TAK SAMPAI LAGI...). Entah satu malam itu AKU terlalu ingin melihatnya. Jadi AKU pun memberanikan diri bersama beberapa orang rakan naik ke tingkat 11. 
     Semasa dalam perjalanan naik salah seorang rakan yang juga senior memberitahu AKU bahawa setiap malam akan muncul seekor BURUNG HANTU berwarna PUTIH. Kemunculan BURUNG HANTU itu biasanya menandakan bahawa adanya MAHKLUK lain di sekeliling kami. AKU tak ambil pusing pun apa yang diberitahu kerana AKU terlalu 'EXCITED' nak tengok cahaya malam GENTING HIGHLAND.
     Setibanya di atas AKU pun dapat melihat cahaya dengan jelas dari GENTING HIGHLAND. Angin malam dari tingkat 11 memang sejuk. Tiba-tiba rakan AKU yang matanya melilau dari tadi memberitahu AKU yang dia ada ternampak BURUNG HANTU PUTIH yang diceritakan tadi. Jadi kami pun bergegas untuk turun semula.
      Namun kami menghadapi masalah kerana kami terpaksa MELINTAS bilik di mana berlakunya pembunuhan oleh tentera yang AKU ceritakan di awal tadi. Dan ketika itulah rakan-rakan AKU berlari bertempiaran ke arah LIF selepas terlihat kelibat SEORANG PEREMPUAN memangku ANAKNYA. AKU pada ketika itu tidak terlihat apa-apa. AKU hanya ketakutan dan terus berlari (TINGKAT 11 TIADA LAMPU...). 
     Apabila semua sudah memasuki LIF dan ketika pintu LIF sedang tutup AKU terlihat satu LEMBAGA berwarna HITAM mengesot-ngesot ke arah LIF. Pada ketika itu AKU hanya mampu berdoa supaya tidak akan terjadi perkara buruk. Apabila kami sampai ke bawah AKU memberitahu pada rakan-rakan apa yang AKU lihat. Ternyata hanya AKU yang nampak LEMBAGA HITAM tadi.


PENGALAMAN KELIMA - FLAT RIVERA
     Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang ingin AKU ceritakan yang berlaku pada AKU di FLAT ini tetapi AKU rasa biarlah AKU ceritakan yang betul-betul SERAM sahaja. Penglaman kelima ini berlaku ketika asrama kami ingin berpindah ke tempat lain. Kata warden FLAT itu akan diubahsuai. Jadi dua hari sebelum AKU berpindah bekalan eletrik dan air akan ditutup. Bagi pelajar yang 'ADVANCE' macam AKU ni, AKU melepak sahaja di LOBI dekat SWIMMING POOL
     Di situ ada elektrik dan juga tandasnya ada air. SWIMMING POOL kosong. Jadi ketika AKU sedang seronok melepak sambil menyanyi mengikut lagu TAMIL yang dipasang di laptop, AKU terlihat PAK GUARD. Seperti biasa AKU akan menegur PAK GUARD itu (DAH KENAL TAKKAN TAK TEGUR...). Tapi PAK GUARD itu buat tidak tahu sahaja malah mukanya serius tidak seperti selalu. Matanya memandang AKU tajam umpama AKU ada melakukan kesalahan.
     Selepas PAK GUARD itu tidak kelihatan lagi tiba-tiba AKU terlihat PAK GUARD yang sama sedang bediri ingin memasuki LIF. Jarak antara laluan tempat AKU melepak adalah sebesar sebuah SWIMMING POOL. AKU baru sahaja mengalihkan pandangan dari PAK GUARD itu tadi dan dia sudah berada di seberang sana.
     Selepas itu AKU mengajak rakan ku untuk pergi berjumpa dengan PAK GUARD yang sedang menunggu LIF itu tadi. AKU tegur seperti biasa. Dengan senyuman PAK GUARD itu menjawab dan bertanya samada AKU sudah makan. Sikap yang sama sekali berlainan dari tadi. Lantas AKU bertanya samada PAK GUARD itu sudah membuat rondaan di tempat yang AKU duduk melepak tadi. Jawapannya amat memeranjatkan AKU kerana dia memberitahu bahawa dia baru masuk kerja dan baru ingin memulakan rondaan.
     Keesokkan harinya AKU pergi berjumpa PAK GUARD yang sama. AKU ceritakan apa yang AKU lalui malam tadi. PAK GUARD itu tersenyum dan berkata kejadian seperti yang AKU ceritakan sering berlaku di FLAT RIVERA ini. Ia bukanlah sesuatu yang baru baginya. Dan selepas itu terbongkarlah pelbagai kejadian PELIK lagi SERAM yang pernah dilalui oleh PAK GUARD itu.

TAMAT PART 1

     Sehingga hari ini iaitu hari ketika AKU berkongsi cerita KELEBIHAN dan KEBOLEHAN AKU melihat MAHKLUK ini bersama KAU & MEREKA, FLAT RIVERA akan sentiasa menjadi ingatan kepada AKU. Pengalaman yang tidak akan AKU lupakan. FLAT itu AKU tidak tahu keadaannya sekarang. Sudah bertahun AKU tinggalkan. 

     AKU masih mempunyai beberapa pengalaman untuk dicerita dan dikongsikan bersama KAU & MEREKA tetapi biarlah ini menjadi pembukanya. Pada nukilan seterusnya akan AKU sambung dengan menceritakan pengalaman AKU yang lain. Pengalaman terlihat kelibat seperti ORANG ASLI pedalaman (BUKAN MANUSIA), terlihat MAHKLUK HALUS ketika memandu, lembaga yang pernah AKU lihat di rumah dan banyak lagi.

     Tetapi kali ini setakat ini sahaja. Apa-apa pun kuatkan IMAN kerana ALLAH s.w.t sentiasa ada melindungi kita. Walaupun MAHKLUK-MAHKLUK ini datang dalam keadaan yang menyeramkan tetapi ketakutan kita wajiblah kepada ALLAH s.w.t.

AKU...KAU & MEREKA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...