Ahad, 1 Mei 2011

PEOPLE - I SEE WHAT YOU MAY NOT SEE (PART 2)

HOLA...


     FLAT RIVERA... Di situlah pengalaman AKU dengan MAHKLUK-MAHKLUK HALUS bermula. Beberapa pengalaman yang telah AKU kongsikan dengan KAU & MEREKA sebelum ini adalah permulaannya. Selepas ini akan AKU kongsikan beberapa lagi kisah SERAM yang menjadi ingatan dalam hidup AKU. Kepulangan AKU dari KUALA LUMPUR bukan dengan tangan kosong. AKU turut membawa KEBOLEHAN melihat MAHKLUK HALUS bersama AKU.

     Seperti yang pernah AKU katakan pada KAU & MEREKA dalam nukilan PART 1 bahawa AKU amat memahami jika ada antara KAU & MEREKA yang tidak mempercayai kata-kata AKU. AKU faham dan AKU tidak kisah. Tetapi AKU harap KAU & MEREKA dapat membaca pengalaman AKU ini sehingga habis. Manalah tahu jika KAU & MEREKA ingin menjadikan pengalaman AKU ini sebagai bahan untuk dikongsi dengan yang lain.




PENGALAMAN KEENAM - TAMAN REKREASI PINTU GUGUP, GUAR MANONG
     Ingatkah lagi KAU & MEREKA di akhir nukilan PART 1 ada AKU nyatakan pengalaman SERAM yang AKU lalui melibatkan ORANG ASLI PEDALAMAN???... Pengalaman ini terjadi di kawasan rekreasi iaitu tempat yang kerap kali AKU dan keluarga AKU pergi berkelah (KAMPUNG AKU...). Sepanjang hidup AKU pergi ke sana tidak pernah sekali pun AKU terserempak dengan perkara-perkara aneh tetapi ia berlaku selepas kepulangan AKU dari KUALA LUMPUR.
     Ia bermula ketika AKU bersama keluarga dan sanak-saudara sedang seronok bermandi-manda. Kehadiran kami ke kawasan itu telah memecah segala KESUNYIAN di sana. Manakan tidaknya apabila anak-anak kecil riang bermain, berkejaran dan menjerit KERIANGAN. Sudah menjadi kebiasaan jika pergi berkelah AKU dan keluarga akan pergi bersama sanak-saudara yang tinggal berhampiran.
     Ketika itulah AKU mula menyedari sesuatu. Suara kanak-kanak KERIANGAN tadi tiba-tiba hilang dari telinga AKU. Keluarga dan saudara-mara jelas didepan mata tetapi suara mereka tidak kedengaran. Apa yang AKU dengar ketika itu hanyalah bunyi angin yang bertiup. Lantas mata AKU mula memandang sekeliling.
     Setelah memandang ke setiap sudut kawasan tiba-tiba AKU ternampak kelibat MANUSIA berdiri tegak di dalam semak. Pada mulanya AKU sangkakan ia seekor binatang tetapi susuk tubuhnya jelas memperlihatkan ia seperti MANUSIA. Apa yang AKU lihat ialah seorang LELAKI berbadan tegap yang sedang berdiri lurus dan memandang AKU dan keluarga AKU dengan pandangan yang sungguh tajam. LELAKI itu berpakaian seperti ORANG ASLI yang tinggal di kawasan pedalaman di SABAH atau SARAWAK.
     Kemudian LELAKI itu menyedari bahwa AKU telah mengetahui kehadirannya. Lalu dia pun keluar dari semak itu dan berdiri di atas sebuah BATU besar berhampiran kawasan AKU mandi. Tanpa membuang masa AKU bertanya kepada IBU samada dia juga nampak LELAKI yang sedang berdiri tegak di atas BATU itu. IBU tidak nampak. Begitu juga dengan pakcik AKU.
     Selepas seketika LELAKI itu hilang dari pandangan AKU. Selepas semua selesai AKU pun menceritakan apa yang AKU lihat kepada IBU dan dua orang pakcik AKU yang telah berpuluh tahun menetap di kawasan itu. Mereka menyatakan bahawa tiada perkampungan orang asli di kawasan tersebut. Apa yang AKU lihat mungkin MAHKLUK yang digelar 'BULUN'.
     Mengikut cerita IBU dan pakcik AKU, BULUN ialah MAHKLUK HALUS. Mungkin dari perkampungan BUNIAN. Semasa IBU dan pakcik AKU masih kecil mereka pernah terserempak dengan BULUN kerana BULUN selalu membantu arwah DATUK ketika menjalankan sesi rawatan tradisionalnya. Jadi ada kemungkinan kehadiran BULUN adalah untuk melihat waris kepada arwah DATUK AKU. Pengalaman terserempak dengan BULUN sudah beberapa kali AKU lalui.



PENGALAMAN KETUJUH - CHANGKAT PARAH (CORNER MAUT)
     Pengalaman AKU yang seterusnya berlaku ketika AKU sedang menunggang motorsikal pulang dari kampung di TELUK INTAN ke PARIT. AKU sudah mengetahui pelbagai cerita yang agak menyeramkan yang berlaku di jalan tersebut. CORNER MAUT yang telah meragut banyak nyawa. Jika tidak ada kematian pun pastinya berlaku kemalangan. Antara alasan punca kemalangan ialah ada antara mangsa berkata mereka cuba untuk MENGELAK sesuatu mengakibatkan kenderaan mereka terbabas.
     Ketika itu AKU menunggang YAMAHA 125Z yang mana ekzosnya sudah siap DIBIKIN (INI BUKAN PASAL MOTOR...). Jadi faham-fahamlah bunyinya yang agak kuat dan nyaring. Namun tepat jam 4.30 petang waktu ketika AKU malalui jalan tersebut keadaan sunyi sepi. AKU tidak lagi medengar bunyi ekzos yang kuat tadi. Cuaca yang panas menjadi redup dan tidak ada kenderaan lain yang lalu ketika itu.
     Tibanya AKU di CORNER MAUT itu dan tidak semena-mena turun TUJUH ORANG LELAKI BERPAKAIAN SERBA PUTIH melintas jalan. Mereka turun dari tebing bukit di tepi CORNER MAUT tersebut. AKU dengan pantas memperlahankan motorsikal AKU. Ketujuh-tujuh orang LELAKI itu memakai serban dan jubah. Mereka umpama bersinar-sinar.
     Tutunnya mereka dari tebing bukit itu terus menghala ke sungai yang berada di bawah. Pada ketika itulah AKU mula terfikir bahawa ada kemungkinan mereka ini adalah BUNIAN. Jika tidak pun mungkin mereka JIN dan tujuan mereka ke sungai adalah untuk mengabil WUDUK. Waktu itu sememangnya waktu SOLAT ASAR. Tanpa berfikir panjang AKU teruskan perjalanan kerana AKU ketakutan.



 PENGALAMAN KELAPAN - BUKIT BERAPIT (JALAN SUNYI)
     Selepas pulang dari KUALA LUMPUR, AKU menyambung pengajian ke sebuah lagi pusat pengajian tinggi. Pada awal permulaan AKU belajar di sana AKU mempunyai kelas pada sebelah petang. Malahan ada juga kelas yang bermula lewat petang dan habis pada waktu malam. Jadi AKU perlu pulang ke rumah yang mengambil masa sejam perjalanan dan semestinya sampai agak lewat.
     Dari IPOH untuk ke PARIT AKU perlu melalui BUKIT BERAPIT. Kawasan BUKIT BERAPIT ini dahulunya ada sebuah kawasan yang dijadikan tempat pelupusan SAMPAH. Tempat pelupusan SAMPAH itu berada betul-betul di tepi jalan. Sesiapa sahaja yang melalui kawasan itu dapat melihatnya. Jadi di sinilah AKU menambah koleksi pengalaman SERAM AKU bersama MAHKLUK-MAHKLUK ini.
     AKU sebenarnya sudah mengetahui kekerasan kawasan itu dari awal lagi. Ianya berlaku pada AKU sendiri. Pernah sekali AKU pergi ke IPOH jam tiga pagi untuk mengambil kakak AKU yang pulang dari KELANTAN dengan menaiki bas. Jadi AKU perlu ke IPOH kerana waktu itu tiada pengangkutan awam yang boleh menghantar kakak AKU
     Jadi ketika AKU melalui kawasan BUKIT BERAPIT motorsikal AKU terasa berat. AKU yang mula gelisah membaca AYAT KURSI. Mujurlah selepas itu keadaan kembali seperti biasa. Seminggu selepas kejadian itu IBU menceritakan bahawa rakan sekerjanya demam seluruh keluarga. Ketika mereka pulang dari KUALA LUMPUR dan melalui kawasan itu jam dua pagi mereka dikejar POCONG. POCONG tersebut melompat-lompat disebelah kereta mereka yang bergerak laju.
     Kembali kepada pengalaman AKU di BUKIT BERAPIT. Beberapa kali AKU pulang malam dan melalui kawasan itu AKU ternampak pelbagai KELIBAT dan LEMBAGA yang amat mengerikan. AKU pernah ternampak BUDAK LELAKI hanya memakai seluar pendek dengan mulutnya dipenuhi DARAH berdiri di tepi jalan. Ada juga MAHKLUK seakan-akan PEREMPUAN dengan rambut panjang melekat di 'SIGN BOARD' di tepi jalan.
     Bukan itu sahaja. Ada juga sekali AKU terlihat sebuah motorsikal yang berada di depan AKU membawa 'SESUATU'. Pada asalnya AKU menyangka penunggang itu membawa BEG atau BAKUL tetapi setelah AKU ekori lebih rapat rupanya satu LEMBAGA menumpang di belakangnya. LEMBAGA itu memeluk erat si penunggang (APA LAGI...PECUT!!!...). Banyak lagi yang pernah AKU lihat di kawasan itu tapi cukuplah rasanya.



PENGALAMAN KESEMBILAN - RUMAH
     Ha... Pengalaman ini AKU lalui di rumah AKU sendiri. Tidak banyak yang boleh AKU ceritakan tetapi bagi AKU ini juga pengalaman yang agak menyeramkan. Kejadian berlaku ketika IBU AKU sedang dalam PANTANG selepas melahirkan adik AKU. Ketika itu IBU dan adik AKU yang masih bayi berada di ruang tamu rumah. IBU AKU baring sambil menonton TV. Adik AKU pula ada di sebelah. AKU pula berada di pintu rumah dan ketika itulah munculnya satu LEMBAGA.
     Lembaga yang muncul itu memakai JUBAH berwarna putih berkilau-kilau. Dia juga memakai SERBAN. Kehadirannya bersertakan bau WANGI dan juga angin sepoi-sepoi bahasa. Bagi AKU keadaan itu sememangnya agak selesa tetapi masih menyeramkan. Manakan tidaknya ketinggiannya sahaja adalah setinggi pintu bilik dan badannya yang tegap menambahkan ketakutan. MAHKLUK itu hanya berdiri dan memandang tepat ke arah IBU dan adik AKU. Kemudian ia GHAIB entah ke mana.

TAMAT PART 2

     Jadi itulah dia kisah SERAM yang menjadi pengalaman AKU yang telah AKU kongsika bersama KAU & MEREKA. Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang AKU lalui tetapi cukuplah ini untuk dikongsikan. Bukan apa bagi AKU yang utama kita YAKIN dan hanya TAKUT pada ALLAH s.w.t dan bukan MAHKLUK-MAHKLUK lain yang juga dicipta-NYA. Lagi pun AKU tahu antara KAU & MEREKA tidak ramai yang percaya cerita AKU ini.

     Namun bagi yang mempercayai cerita AKU ini terima kasih AKU ucapkan. Bukan apa cuma AKU rasa KAU & MEREKA faham bertapa susahnya AKU memiliki kelebihan ini (AKU BUKAN BERANI SANGAT...). Bayangkanlah KAU & MEREKA sentiasa nampak MAHKLUK-MAHKLUK yang tidak ingin kita lihat. AKU bersyukur pada ALLAH s.w.t diberi peluang tetapi yang lebih penting sekarang AKU kurang MELIHATNYA lagi. Mungkin kerana AKU tidak mahu dan terlalu takut. WALLAHUALAM...

AKU...KAU & MEREKA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...