Isnin, 9 Mei 2011

GUYS - COMMON WORDS OF WOMEN

HOLA...


     Salam dan salam sejahtera kepada KAU & MEREKA. AKU harap KAU & MEREKA sihat dan berada dalam keadaan yang baik. Seperti biasa AKU kembali dengan nukilan yang seterusnya. Kali ini AKU ingin berkongsi dengan KAU & MEREKA terutamanya lelaki mengenai permpuan. Dari sudut apa yang ingin AKU kongsikan???... Dari sudut perkataan dan percakapan.

     Bagi KAU & MEREKA yang mempunyai pengalaman iaitu mempunyai AWEK atau ISTERI pasti pernah mendengar beberapa perkataan ini. Jadi seharusnya KAU & MEREKA tahu apa yang perlu dilakukan dan bagaimana keadaannya. Bagi KAU & MEREKA yang terlepas pandang pula bolehlah berkongsi dengan apa yang bakal AKU kongsikan ini.

     Dalam sesuatu perhubungan haruslah mempunyai PERSEFAHAMAN. Kedua-dua pasangan LELAKI dan PEREMPUAN perlulah saling memahami. AKU tahu bagi LELAKI situasi ini agak sukar kerana LELAKI lebih 'SIMPLE' dan kurang memahami kiasan seorang PEREMPUAN. Jadi dari perkataan yang dihemburkan dari mulut seorang PEREMPUAN dapat membantu LELAKI untuk memahami pasangan mereka. Oleh itu KAU & MEREKA tidak boleh memandang remeh hal ini.

* NOTE: semua yang tertera di bawah bukanlah 100% benar. ia hanyalah pandangan dan nukilan semata-mata. ambillah ia sebagai renungan dan mungkin panduan untuk menjadikan kehidupan lebih baik. 
 
 
 10 PERKATAAN LAZIM SEORANG WANITA...
 
'FINE'
Inilah perkataan yang PEREMPUAN suka gunakan untuk hentikan PERGADUHAN, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan KAU & MEREKA perlu diam. Jangan sesekali KAU & MEREKA gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa KAU & MEREKA bergaduh.

'LIMA MINIT'
Ini sebenarnya bermakna 'SETENGAH JAM'. Ianya sama juga seperti lima minit saat genting perlawanan bola sepak akan berakhir dan KAU & MEREKA terpaksa membawa sampah ke luar rumah. Jadi ini adalah pertukaran yang SEIMBANG.


'TAKDE APA-APA'
Ini bermakna 'SOMETHING WRONG SOMEWHERE' dan KAU & MEREKA perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan PEREMPUAN yang inginkan KAU & MEREKA berputar-putar seperti di dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.


'PERGILAH!'
(Dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si PEREMPUAN menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’. PERGILAH (Dengan kening biasa) bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. KAU & MEREKA hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan KAU & MEREKA dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.


'MENGELUH YANG KUAT'
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan KAU & MEREKA adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.


'MENGELUH YANG PERLAHAN'
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika KAU & MEREKA duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.


'OKAY LAH'
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang PEREMPUAN boleh buat kepada LELAKI.


'OKAY LAH!'
Bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan KAU & MEREKA yang telah menyakitkan hatinya. ‘OKAY LAH!’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening Yang Terangkat’.

'BUAT LAH'
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, KAU & MEREKA akan dilanda masalah yang besar.

'TOLONGLAH'
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi KAU & MEREKA peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah KAU & MEREKA lakukan. KAU & MEREKA mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan KAU & MEREKA tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.

'TERIMA KASIH'
Seorang PEREMPUAN mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

'TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK'
Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada KAU & MEREKA. Ini menunjukkan yang KAU & MEREKA telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’. 

     Itulah dia sepuluh perkataan lazim yang biasa diungkapkan oleh seorang PEREMPUAN. Kepada LELAKI di luar sana, AKU harap sedikit sebanyak dapat membantu KAU & MEREKA. Bukan untuk mengelak dari PEREMPUAN apabila KAU & MEREKA melakukan kesalahan sebaliknya memperbetulkan keadaan dan kesilapan KAU & MEREKA.
 
     Kadang-kadang bagi kita LELAKI amatlah sukar untuk memahami seorang PEREMPUAN. Perkara yang kita rasakan mudah dan remeh itulah biasanya menjadi ISU dalam perhubungan. Jadi apalah salahnya bagi kita LELAKI untuk cuba memahami PEREMPUAN dan memberikan mereka KEBAHAGIAAN dan apa yang mereka mahukan.
 
AKU...KAU & MEREKA... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...