Memaparkan catatan dengan label FAKTA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FAKTA. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mei 2011

PEOPLE - MOM...DAD...I LOVE YOU SO MUCH

HOLA...


    Salam kepada KAU & MEREKA di sana. Pagi ini AKU merasa SAYU... AKU terkenangkan arwah BAPA AKU yang telah kembali ke RAHMATULLAH pada tahun 2009. Mungkin kerana hari ini hari JUMAAT yang mana pada setiap hari JUMAAT selepas selesai solat JUMAAT, AKU akan menziarahi kubur arwah. Tapi SAYU AKU bukan sekadar mengenangkan arwah bapa AKU tetapi juga mengenangkan IBU yang sentiasa bersusah payah untuk anak-anaknya.

    Jadi AKU ingin berkongsi dengan KAU & MEREKA pengalaman dan apa yang AKU rasa ketika ini. Memandangkan HARI IBU baru sahaja lepas jadi fokus AKU mungkin kelihatan lebih kepada IBU. Bukan bermaksud mengenepikan BAPA cuma AKU rasa ramai antara kita yang lebih rapat dengan IBU dan juga melukakan hati IBU lebih daripada BAPA (IBU MUDAH TERASA BERBANDING BAPA). Biasalah NALURI keibuan lebih kuat dari BAPA.
 
      IBU BAPA adalah permulaan AKU...KAU & MEREKA. Dari mereka AKU...KAU & MEREKA lahir atas keizinan-NYA. Setiap anak wajib berbakti kepada IBU BAPA, lebih-lebih lagi bagi orang ISLAM yang sangat dituntut untuk berbuat BAIK terhadap orang tuanya. Ini sebagaimana ditegaskan pada AYAT 36, daripada SURAH AN-NISA' yang bermaksud: “Sembahlah ALLAH s.w.t dan janganlah kamu mempersekutukan-NYA dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (IBU BAPA).”

     Penegasan ini disusuli dengan sabda RASULULLAH s.a.w sebagaimana dinyatakan oleh AT-TABRANI, maksudnya: “Berbaktilah kamu kepada dua IBU BAPA kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara diri nya.”

     Berbaktilah KAU & MEREKA kepada ibu bapa kerana ia adalah WAJIB yang mana ia hukum ALLAH s.w.t. Anak yang enggan berbakti kepada dua IBU BAPA dianggap anak DERHAKA dan perbuatan DERHAKA adalah DOSA besar. Derhaka kepada IBU BAPA termasuk dalam empat DOSA besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata NABI yang dinyatakan BUKHARI: “Sebesar-besar (daripada) DOSA besar adalah menyekutukan ALLAH s.w.t, membunuh manusia, DERHAKA kepada IBU BAPA dan menjadi saksi palsu.”

     Perintah ISLAM supaya anak berbuat baik kepada IBU BAPA adalah perintah yang wajar. Baru saja tiga bulan hamil, si IBU menghadapi pelbagai KEPERITAN. Badan selalu letih, kepala pening dan selalu loya. Apabila kandungan semakin besar, hatinya diganggu was-was, khuatir dan penuh persoalan. Apa akan terjadi kepada anak yang bakal dilahirkan? Apakah jantinanya? Apakah sempurna anggotanya?

     Tiba detik melahirkannya, perasaan IBU bertambah gelisah. Khuatir keselamatan diri dan anak sentiasa menghantui fikiran. Tetapi segala kerisauan, kebimbangan dan kesakitan terubat sebaik mendengar tangisan bayi yang dilahirkan.



     Bermula anak yang sebesar tapak tangan itu, IBU BAPA tidak renggang membesarkan anaknya disusuli dengan KASIH SAYANG tidak berbelah bahagi. Makan, minum, pakaian, pendidikan dan segala keselesaan diberikan, sehinggalah anak yang kecil tadi menjadi seorang kanak-kanak, remaja dan dewasa seganding dengan IBU BAPANYA.

     Jasa IBU BAPALAH  membolehkan si anak mengenal dan mengecap NIKMAT dunia, malah dapat menggali khazanah dunia serta menerajuinya. Justeru, sudah selayaknya IBU BAPA dimuliakan, dibajai dengan kasih sayang sebagaimana mereka mencurahkan kasih kepada anaknya yang kecil dulu.

     Anak yang enggan berbakti kepada IBU BAPA adalah anak DERHAKA, yang menerima balasan buruk. Ini sebagaimana dapat difahami daripada hadis yang diceritakan Tabrani: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh ALLAH s.w.t di dunia ini adalah ZINA dan DERHAKA kepada dua IBU BAPA.”

     Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa AZABNYA derita yang ditanggung DERHAKA di dunia. SEKSA ini datang dalam bentuk PENDERITAAN sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah, gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan.

     Kisah WAIL BIN KHATTAB pada zaman NABI MUHAMMAD s.a.w. Satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu CINTAKAN isteri, WAIL selalu mencaci IBUNYA, mempercayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan IBUNYA. Waktu WAIL menghadapi kematian, dia mengalami PENDERITAAN sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur sehingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.

     Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku. Sahabat menunggu KEMATIANNYA, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat PENDERITAAN yang dihadapi WAIL. Mereka bersilih ganti mengajarkan WAIL mengucap KALIMAH SYAHADAH, namun semuanya buntu. WAIL cuba sedaya upaya mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh, oh”. Keadaan semakin mengerikan.

     Akhirnya seorang sahabat, ALI BIN ABI TALIB menemui NABI bagi menceritakan keadaan WAIL. NABI MUHAMMAD s.a.w meminta IBU WAIL dijemput menemui beliau. NABI mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan WAIL terhadap IBUNYA sebelum sakit. Apabila ditanya, IBU WAIL menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan mengikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan IBUNYA berasa sakit hati kepadanya.



     NABI MUHAMMAD s.a.w memujuk IBU WAIL supaya segera mengampuni DOSA anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan WAIL yang menyakitkan hatinya. Melihat keadaan itu, NABI termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. WAIL akan dibakar hidup-hidup.

     NABI MUHAMMAD s.a.w menyatakan, jika IBU WAIL tidak mahu memaafkan dosa anaknya, WAIL akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti. Mendengar kata-kata NABI itu, IBU WAIL segera berkata: “Wahai RASULULLAH, jangan dibakar dia. WAIL anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan.” Menurut sahabat, sebaik saja WAIL diampuni IBUNYA, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat MENGUCAP SYAHADAH dan menghembuskan nafas terakhir.     

     Apa yang AKU catat di atas bukan sahaja ditujukan kepada KAU & MEREKA tetapi juga kepada AKU sendiri. AKU percaya dalam kehidupan seharian AKU...KAU & MEREKA pastinya kita ada melakukan kesalahan tanpa disedari. Contohnya apabila si IBU memanggil, kita menjawab dengan nada yang agak tinggi. Tahukah KAU & MEREKA kemungkinan si IBU berkecil hati???... Kecil di mata kita sebagai anak-anak tetapi tidak bagi seorang IBU dan ALLAH s.w.t juga memandang berat hal ini.

     AKU cukup tidak memahami mengapa anak-anak hari ini sanggup memperlakukan perkara yang buruk kepada IBU BAPA. AKU sangat berharap KAU & MEREKA tidak begitu. Ada anak yang mengabaikan IBU BAPA mereka kerana sibuk berkerja atau bersama keluarga mereka. Tahukah KAU & MEREKA bahawa IBU BAPA tidak pernah mengharapkan anak-anak memberi mereka wang dan kemewahan. Apa yang IBU BAPA mahu hanyalah anak-anak iaitu KAU & MEREKA sentiasa ada. Menemani dan mengambil berat seperti mana mereka menjaga KAU & MEREKA dahulu.

     Semenjak dilahirkan anak-anak tidak pernah membantah dan mempersoalkan tindakan IBU BAPA. Semuanya baik hinggakan ada antara KAU & MEREKA berjaya pada hari ini. Tetapi mengapa apabila anak-anak sudah mampu BERKATA-KATA dan mengenal dunia mereka mula menyoal apa yang dilakukan IBU BAPA dan sentiasa merasakan ada yang tidak kena (PELIK BETUL...). Sebagai anak-anak AKU juga ingin kongsikan dengan KAU & MEREKA tanggungjawab kita:


  1. Anak perlu menjaga hati IBU BAPA yang banyak berkorban membesarkan mereka.
  2. ALLAH s.w.t menjadikan manusia dengan tanggungjawab. Ketua keluarga mendidik zuriat untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat. Anak pula perlu PATUH kepada arahan IBU BAPANYA yang tidak bercanggah dengan hukum ALLAH s.w.t
  3. Jagalah kehidupan IBU BAPA sendiri selagi hayat di kandung badan. Jasa mereka adalah HUTANG anak sepanjang hayat.
  4. Sikap DERHAKA amat KEJI dan boleh MEROSAKKAN jiwa. Anak perlu matang bertindak terutama berkaitan hubungan dengan IBU BAPA.
  5. Redakan KESILAPAN sedikit IBU BAPA kerana sumbangan mereka membesarkan anak mengatasi segala-galanya.
     AKU pasti KAU & MEREKA tidak mahu dikatakan dirinya anak DERHAKA. Tetapi tindakan dan sikap yang ditunjukkan oleh seseorang anak itu adalah gambaran ZAHIR yang tidak dapat disembunyikan. Penderhakaan itu akan membekas di hati IBU BAPA dan akan dibawa sampai ke MATI. Ada yang berpendapat bahawa semua itu adalah akibat salah IBU BAPA mendidik. Tetapi bukankah manusia bertambah dewasa dan tahu MEMILIH betul atau salah.

     Ada juga yang buta hati sehinggakan berkata IBU BAPA yang DERHAKA kepada anak-anak. Makusdnya anak mengatakan IBU BAPA tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik. HATI jenis apakah yang sanggup membalas KEKHILAFAN IBU BAPA dengan kejahatan dan dendam???... Adakah ia bermakna jika seorang IBU menampar anak dan di kemudian hari anak berhak untuk menampar IBU semula???... HATI anak yang sudah gelap sahaja berbuat begitu (SIAL PUNYA ANAK...SORRY...GERAM PADA ANAK MACAM ITU).

     Jika memang IBU BAPA itu JAHAT, apakah mereka akan membiarkan anak-anak hidup dari kecil sehingga besar???... Mereka boleh melepaskan tanggungjawab jika mereka MAHU. Tetapi si anak, mengapa disebabkan kesalahan yang sedikit maka kebaikan IBU BAPA yang terlalu banyak dilupakan???... Percayalah pada AKU bahawa IBU BAPA adalah kekuatan diri kita.

     Tahukah KAU & MEREKA bahawa IMAN KAU & MERKEA tidak akan sempurna jika KAU  & MEREKA mencalarkan KEBENINGAN hati IBU BAPA. Percayalah dalam KESIBUKAN dunia yang menenggelamkan hati dan perasaan KAU & MEREKA, ada satu masa KAU & MEREKA pasti berasa terseksa apabila terkenangkan kembali PELUKAN dan CIUMAN kasih IBU dan AYAH KAU & MEREKA. Lebih teruk apabila KAU & MEREKA terkenangkan segala kesalahan yang telah KAU & MEREKA lakukan.     

     Kembalilah kepada IBU BAPA dengan hati yang ikhlas. Lakukanlah dan mohonlah AMPUN dan MAAF atas segala kesilapan KAU & MEREKA sebelum segala berakhir dengan KESEDIHAN dan PENYESALAN sepanjang hayat. Tidak kiralah jika mereka IBU BAPA TIRI namun apabila mereka berkorban terutamanya dalam membesarkan KAU & MEREKA dari kecil wajiblah kau melayan dan menganggap mereka seperti IBU BAPA kandung.

     Pesan AKU pada KAU & MEREKA agar hargailah IBU BAPA. Balaslah jasa mereka. Berilah merekaj KASIH SAYANG sepertimana mereka berikan kepada KAU & MEREKA semenjak kecil. Janganlah dijadikan kesibukan kerja, harta dunia, suami atau isteri menjadi penghalang kepada KAU & MEREKA berbakti kepada IBU BAPA. AKU berpesan kepada KAU & MEREKA termasuk diri AKU juga. Jadi AKU sertakan DOA yang dapat KAU & MEREKA kongsikan:


-DOA UNTUK IBU BAPA-
 
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka, Perindahlah ucapanku di depan mereka, Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan,
Lembutkan hatiku untuk mereka.
 
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya atas didikan mereka padaku dan, 

Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, 
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
 
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau,

hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,  
Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan, 
bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
 
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,   

Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku,   
Tetapi jika sebaliknya, 
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka sehingga kami semua berkumpul bersama,
dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, 
Ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
 
Amin Ya Rabbul Alamin..
 

marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kederhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah... barang siapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka seksanya didahulukan di dunia ini. Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Satu PRINSIP yang diajar oleh RASULULLAH sebagai ingatan bahawa KEBAHAGIAAN anak itu bermula daripada hati IBU BAPA yang reda:

"KAMU DAN SEMUA MILIKMU, SEMUANYA ADALAH MILIK AYAH IBUMU!"

AL-FATIHAH KEPADA ARWAH AYAH...
SELAMAT HARI IBU KEPADA IBUKU DAN SEUA IBU DI DUNIA...

AKU...KAU & MEREKA...

Isnin, 25 April 2011

PEOPLE - WHERE IS THE HUMANITY

HOLA...

     Kali ini AKU nak berkongsi dengan KAU & MEREKA sebuah video yang agak 'MENGGANGGU' bila ditonton. AKU dapat video ini ketika aku view website-website tentang haiwan ternakan (Youtube pun ada tapi kena register...). Apa yang dipaparkan dalam video ini bagi aku terlalu kejam untuk diperlakukan. Yang membuatkan AKU rasa loya ialah memikirkan haiwan tersebut jadi makanan kita. Tetapi nasib baiklah AKU di MALAYSIA yang tidak mengamalkan 'CARA' begitu. Pada KAU & MEREKA yang pernah atau bakal ke luar negara berhati-hatilah ketika mencari makanan terutamanya dari 'RESTORAN MAKANAN SEGERA'.

     Dengan menonton viedo ini juga AKU faham dan bersyukur kerana dalam amalan kehidupan ISLAM'BUKAN SEPERTI APA YANG DIPAPARKAN' haiwan-haiwan ini disembelih dengan baik. dalam video ini. Jadi kepada KAU & MEREKA berhati-hatilah ketika memilih makanan di semasa berada di luar negara dan jangnlah melakukan 'PERKARA-PERKARA' seperti di dalam video ini.

*Note: video ini mengandungi imej-imej atau perilaku yang melampaui batas. kepada individu yang mempunyai ketahanan yang kurang diminta untuk menonton bersama teman. ibu mengandung tidak digalakkan.




     Betulkan apa yang AKU beritahu KAU & MEREKA??? Tindakan individu-individu di dalam video ini amatlah menggangu. Apa yang boleh AKU katakan ialah jangan sesekali kita menzalimi haiwan. Jika bertujuan untuk dijadikan makanan sekalipun gunakanlah cara yang bersesuaian.

AKU...KAU & MEREKA

Ahad, 24 April 2011

PEOPLE - SHARING IS CARING (TIPS ON PETROL SAVING)

HOLA...



     Cerita mengenai minyak petrol...AKU rasa KAU & MEREKA pasti dah muak mendengar topik ini dibincang dan diperdebatkan. Isu harga minyak naik bukanlah cerita baru di kalangan KAU & MEREKA tetapi AKU yakin pasti setiap hari ada antara KAU & MEREKA masih merungut tentangnya (BIASALAH TU...). Baru-baru ini AKU membantu menghantar motorsikal adik AKU ke Kedah. Apa yang buatkan AKU berfikir ialah berapa banyak kali minyak yang AKU isi. Rasanya macam terlalu banyak.

     Pelik dan pening memikirkan. Adakah AKU menunggang motorsikal terlalu laju hinggakan minyak di dalam tangki disedut habis??? Atau adakah kerana perjalanan terlalu jauh??? akhirnya baru AKU teringat harga minyak sudah naik. Kalau tidak silap RON95 berharga RM1.90 seliter manakala RON97 berharga RM2.70 seliter. AKU rasa KAU & MEREKA pun tahu jika tinggi kualiti minyak petrol itu bermakna lagi mahallah harganya.

     Tetapi apa yang mampu AKU...KAU & MEREKA lakukan??? Minyak petrol adalah bahan penting dalam kehidupan kita (DARI SUDUT PANDANGAN MATA KASAR). Hendak tidak hendak AKU...KAU & MEREKA terpaksa mengeluarkan wang untuk membelinya (ADOYAI...). Jadi di sini AKU mahu berkongsi sedikit pengetahuan yang AKU ada bersama KAU & MEREKA. Berkongsi agar KAU & MEREKA juga dapat mengurangkan beban.

TIPS PENJIMATAN MINYAK PETROL DARI SUDUT PEMANDUAN...



1. Memandu dengan tenang. Memandu dengan tenang merujuk kepada cara KAU & MEREKA bertindak ketika memandu. Maksud AKU...KAU & MEREKA tidak boleh gopoh dan melakukan sesuatu secara mengejut kerana ia mempengaruhi penggunaan petrol. Contohnya, ketika menuju ke arah plaza tol atau membelok di selekoh, KAU & MEREKA tidak boleh menukar gear tinggi kepada gear rendah serta-merta atau membrek sesuka hati. 

2. Kurangkan berat/bebanan kenderaan. Sebelum KAU & MEREKA memulakan perjalanan, pastikan kenderan yang dinaiki membawa beban yang minimum. Keluarkan segala barangan yang KAU & MEREKA rasa tidak perlu ada di dalam kenderaan (PETI AIS, MESIN BASUH dan lain-lain). Hal ini kerana berat yang berlebihan akan meningkatkan penggunaan minyak petrol.

3. Matikan enjin ketika menunggu. AKU pasti ramai yang tidak mematikan enjin ketika menunggu di dalam kenderaan termasuklah KAU & MEREKA. Enjin kenderaan dapat dihidupkan dengan dipacu oleh minyak petrol. Jadi jika KAU & MEREKA menunggu seseorang atau sesuatu dalam jangka masa yang lama adalah lebih baik mematikan enjin kenderaan bagi menjimatkan minyak petrol.

4. Merancang perjalanan terlebih dahulu. Ini juga merupakan cara yang baik dalam menjimatkan penggunaan minyak petrol. Sebelum memulakan  perjalanan KAU & MEREKA perlu merancang perjalanan. Ini keranan KAU & MEREKA mungkin tersesat. Ini menyebabkan penggunaan petrol yang tinggi.

5. Lakukan penyelenggaraan dan servis berkala. Pastikan KAU & MEREKA sentiasa peka dengan kenderaan yang digunakan. Ini kerana kenderaan yang berada dalam keadaan teruk akan menambahkan penggunaan minyak petrol.

     Di atas adalah cara penjimatan minyak petrol dari sudut pemanduan. AKU harap KAU & MEREKA dapat mempraktikkan langkah-langkah penjimatan yang AKU berikan. Seterusnya ialah cara penjimatan minyak petrol ketika mengisi minyak. Mari kita berkongsi bersama.

TIPS PENJIMATAN MINYAK PETROL DARI SUDUT PENGISIAN...



1. Hanya mengisi minyak petrol ketika tanah masih dingin/sejuk. Seperti mana yang KAU & MEREKA tahu di bahawa di setiap stesen pam minyak mempunyai tangki simpanan minyak yang tertanam di bawah tanah. Ketika tanah sejuk iaitu ketika waktu pagi bahan bakar (MINYAK...) masih padat. ketika inilah KAU & MEREKA perlu mengisi minyak ke dalam kenderaan KAU & MEREKA. Apabila suhu tanah meningkat iaitu menjelang tengah hari, kepadatan petrol berkurangan iaitu petrol yang hangat akan mengembang. jadi seliter petrol yang KAU & MEREKA isi bukanlah seliter yang sebenarnya.

2. Jangan menekan nozzel kepada mod pantas. Ketika mengisi minyak petrol ke dalam kenderaan pasti KAU & MEREKA pernah menggunakan mod pantas ini. Mod pantas adalah mod auto yang tidak memerlukan KAU & MEREKA menekan nozzel. Biasanya KAU & MEREKA akan menekan nozzel, selak dan biarkan sehingga minyak diisi hingga takat yang KAU & MEREKA mahukan. Tahukah KAU & MEREKA apabila nozzle berada dalam mod pantas, hos getah yang menyambung nozzle ke pam akan menghasilkan wap. Wap ini berada akan menarik semula minyak yang sudah masuk ke dalam tangki kenderaan KAU & MEREKA ke dalam tangki bawah tanah semula.

3. Jangan mengisi minyak ketika tangki separuh penuh. Apabila tangki minyak kenderaan KAU & MEREKA dalam separuh penuh, KAU & MEREKA haruslah memastikan minyak yang berada di dalamnya tinggal sedikit. Ini kerana apabila tangki separuh penuh bermakna masih ada ruang kosong yang boleh menghasilkan proses pengewapan berlaku. Proses pengewapan bukan sahaja akan menyebabkan kehilangan minyak yang sedia ada tetapi ia juga menyebabkan jumlah yang diisi tadi tidak tepat walaupun pada meter pam menunjukkan jumlah yang KAU & MEREKA inginkan.

4. Jangan mengisi minyak ketika lori tangki sedang mengepam masuk minyak. Jika KAU & MEREKA terlihat sebuah lori tangki sedang memasukkan minyak ke dalam tangki di bawah tanah janganlah mengisi minyak ketika itu. Ini kerana minyak petrol yang sedang disalurkan ke dalam tangki bawah tanah daripada lori tangki tadi akan bercampur aduk hingga menyebabkan kotoran minyak naik ke atas dan memasuki tangki kenderaan KAU & MEREKA.

     Apa yang AKU kongsikan bersama KAU & MEREKA adalah dari pengalaman dan pengetahuan aku. Jadi KAU & MEREKA boleh mencuba jika KAU & MEREKA ingin menjimatkan minyak petrol dan juga duit. Jika tidak terpulang pada KAU & MEREKA tambahan pula jika stesen minyak itu KAU & MEREKA yang punya (MUAHAHAHA...). Selamat berjimat...

AKU...KAU & MEREKA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...