Sabtu, 7 Mei 2011

PEOPLE - WHAT WILL YOU WEAR?

HOLA...


     Hari yang sibuk bagi AKU. Namun AKU sentiasa ingin meluangkan masa bersama KAU & MEREKA. Sedikit sebanyak dapat AKU berkongsi sesuatu bersama KAU & MEREKA. Seperti biasa AKU berharap KAU & MEREKA dapat mengambil pengajaran atau menambah pengetahuan yang sedia ada. Jadi kali ini AKU ingin berkongsi tentang pakaian.

     Jika KAU & MEREKA inginkan tips cara BERPAKAIAN terkini atau fesyen-fesyen terbaru mungkin AKU agak kurang mahir. Ini kerana AKU adalah jenis yang 'SIMPLE' dan lebih memilih pakaian yang aku rasa SELESA bagi AKU. Tidak perlu terlalu menonjol atau terlalu mengikut peredaran semasa. AKU juga lebih gemar membeli pakaian terutamanya baju yang dijual di KEDAI BUNDLE (SEDERHANA LAGI MURAH...).

     Seperti yang AKU katakan tadi tujuan AKU bukanlah untuk mengajar atau memperkenalkan KAU & MEREKA kepada pakaian baru atau car berpakaian. Tetapi AKU ingin berkongsi dengan KAU & MEREKA maksud dan makna yang TERSIRAT di sebalik sehelai kemeja T yang KAU & MEREKA pakai seharian tidak kira ke mana KAU & MEREKA pergi.

     Tahukah KAU & MEREKA bahawa lukisan pada kemeja T yang KAU & MEREKA pakai setiap hari mengandungi pelbagai RAHSIA di sebaliknya? Mungkin pada KAU & MEREKA ia hanyalah sekadar kemeja T dan ia dipakai secara suka-suka. Tetapi bagi individu lain yang MELIHATNYA, ia secara tidak langsung menterjemahkan IMEJ atau PERIBADI sebenar KAU & MEREKA. Namun KAU & MEREKA perlu ingat bahawa ia tidaklah seratus peratus betul.

* NOTE: semua yang tertera di bawah bukanlah 100% benar. ia hanyalah pandangan dan nukilan semata-mata. ambillah ia sebagai renungan dan mungkin panduan untuk menjadikan kehidupan lebih baik.


GAMBAR TEMPAT-TEMPAT MENARIK DAN UNIK
KAU & MEREKA gemar memakai kemeja T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan KAU & MEREKA sukakan kegiatan pengembaraan yang 'ADVENTURE'. Di samping itu KAU & MEREKA juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, KAU & MEREKA memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. KAU & MEREKA juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.


GAMBAR PERSONALITI YANG DIKAGUMI ATAU ARTIS ROCK
Sudah menjadi perkara biasa bagi remaja memakai kemeja T dengan gambar PERSONALITI atau ARTIS POPULAR sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit, Nsync, XPDC dan sebagainya. KAU & MEREKA digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. KAU & MEREKA juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai KAU & MEREKA. Kalau KAU & MEREKA gemar memakai kemeja T dengan gambar heavymetal, KAU & MEREKA merupakan seorang yang nakal dan degil. KAU & MEREKA megah dengan sikap demikian. Jika KAU & MEREKA suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan KAU & MEREKA sukakan sesuatu yang baru. Lain pula kalau KAU & MEREKA suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan KAU & MEREKA seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.

GAMBAR IKLAN
Ini menggambarkan KAU & MEREKA seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, KAU & MEREKA seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa KAU & MEREKA seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, KAU & MEREKA merupakan seorang yang 'SIMPLE' dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan KAU & MEREKA sebagai seorang yang ketinggalan zaman.


GAMBAR LOGO DAN GAMBAR PERNIAGAAN
Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambang perniagaan, KAU & MEREKA dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. KAU & MEREKA juga sangat mementingkan STATUS dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat POSITIF iaitu KAU & MEREKA juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan KAU & MEREKA sahaja.


GAMBAR KOLEJ ATAU UNIVERSITI
Jika KAU & MEREKA seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan KAU & MEREKA benar-benar menghargai kolej KAU & MEREKA. Sesuailah sekiranya KAU & MEREKA menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan KAU & MEREKA seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. KAU & MEREKA juga sangat menghargai status dan taraf sosial.


LUKISAN TANGAN
KAU & MEREKA digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. KAU & MEREKA juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah KAU & MEREKA mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.


GAMBAR DENGAN WARNA NEON
KAU & MEREKA sebenarnya ingin menjadi tumpuan. KAU & MEREKA mahu masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri KAU & MEREKA. Individu yang gemar memakai baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling KAU & MEREKA juga begitu memerlukan KAU & MEREKA. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari KAU & MEREKA.

TULISAN DENGAN KATA-KATA JENAMA ATAU KARTUN
KAU & MEREKA digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia MENOLONG mereka yang amat memerlukan. KAU & MEREKA tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. KAU & MEREKA juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh KEGEMBIRAAN. Dari segi pergaulan, KAU & MEREKA senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.


KEMEJA T YANG KETAT
Jika KAU & MEREKA suka memakai kemeja T jenis ini, KAU & MEREKA digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Kamu jarang menunjukkan imej KAU & MEREKA yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja KAU & MEREKA lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.


KEMEJA T LONGGAR DAN KOYAK
KAU & MEREKA benci sikap hipokrit. KAU & MEREKA seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup KAU & MEREKA.


KEMEJA T KOSONG
Jika KAU & MEREKA sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan KAU & MEREKA suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang KAU & MEREKA terima, hanya KAU & MEREKA sahaja yang mengetahuinya. Walaupun demikian, sikap KAU & MEREKA sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. KAU & MEREKA bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah.

 
TULISAN KASAR DAN LUCAH
Menandakan KAU & MEREKA seorang yang BODOH dan tidak memikirkan orang lain di sekeliling KAU & MEREKA. Pendek kata KAU & MEREKA mementingkan diri sendiri dan rendah pemikiran. 

     Apa yang tertulis di atas bukanlah seratus peratusan betul dan wajib KAU & MEREKA turuti. Namun KAU & MEREKA boleh menjadikan ia sebagai rujukan atau panduan kepada KAU & MEREKA dalam berpakaian. Kadang-kadang individu lain sememangnya memandang kepada cara orang berpakaian. Jadi tidak salah jika KAU & MEREKA memilih pakaian terutamanya kemeja T yang lebih baik dan bersesuaian.

AKU...KAU & MEREKA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...