HOLA...
Lelaki... Apa yang ingin AKU katakan lelaki memang hebat (MUAHAHAHA...). Tetapi AKU tidak menafikan kehebatan perempuan. IBU aku seorang perempuan dan menjadi inspirasi AKU. Dia merupakan antara insan terhebat yang AKU ketahui. Juga ramai lagi wanita yang hebat-hebat belaka. Namun seperti AKU katakan tadi dan AKU yakin KAU & MEREKA setuju bahawa lelaki hebat. Sorry to say but OTHER than that gender, AKU tak tahu (AKU tak pernah jumpa lagi).
Apa-apa pun dalam kehebatan golongan lelaki AKU tak faham kenapa EGO lelaki terlalu tinggi. Lelaki sentiasa tidak mahu mengalah. Bukan nak kata AKU bagus tetapi dengan mengalah AKU rasa kemanisan dalam percintaan. Lagi pun kesabaran separuh daripada IMAN. Melainkan jika sememangnya kita berada di pihak yang benar. Selain itu apa salahnya kita mengalah dan menjadikan pasangan kita sebagai permaisuri. Isu lelaki lemah kerana mengalah bukan satu isu.
Dek kerana kelakuan lelaki yang 'TERLALU BAIK' terhadap perempuan (bukan semua lelaki), ada antara perempuan (80% daripada 100% kot) tidak lagi mempercayai lelaki dan kerap menuduh lelaki sebagai mahkluk yang teruk. Hinggakan ada perempuan yang fobia untuk berpacaran, takut untuk berumah tangga dan lebih teruk ada yang mengubah 'HALA TUJU' mereka ke arah kaum sejenis (OMG???...).
Perempuan, AKU rasa KAU & MEREKA sudah tersalah anggap tentang lelaki. Ya, AKU tahu pengalaman itu memang buruk. Mewakili lelaki AKU 'MINTA MAAF' sangat-sangat. Tetapi AKU juga ingin menekankan bahawa 'BUKAN SEMUA LELAKI BERSIKAP BURUK' terhadap perempuan. Bak kata orang 'DALAM SETANDAN PISANG BUKAN SEMUANYA BUSUK'. Ada antara lelaki yang jujur dan ikhlas.
Jadi AKU ingin berkongsi dengan KAU & MEREKA apa yang terjadi apabila lelaki benar-benar jatuh cinta. Apabila lelaki benar-benar jatuh cinta dan SETIA pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya pasti amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang MABUK CINTA sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki MENANGIS amatlah payah.
* NOTE: semua yang tertera di bawah bukanlah 100% benar. ia hanyalah pandangan dan nukilan semata-mata. ambillah ia sebagai renungan dan mungkin panduan untuk menjadikan kehidupan lebih baik.
2. Dia sentiasa ingin MENGHIBURKAN kekasihnya dan berubah menjadi orang yang 'KUAT BERCAKAP'.
3. Dia banyak MENASIHATI kekasihnya kerana dia amat MENYAYANGI kekasihnya.
4. Dia berusaha 'MENGONGKONG KEBEBASAN' kekasihnya kerana perasaan 'CEMBURUNYA YANG MELUAP-LUAP'.
5. Dia sentiasa 'TAKUT KEHILANGAN' kekasihnya.
6. Dia 'SENTIASA MENGAWASI PERGERAKAN' kekasihnya kerana dia sentiasa berasa CURIGA.
7. Dia 'TIDAK SUKA ADA LELAKI' lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia 'MUDAH MERASA CEMBURU DAN SENSITIF' apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang 'MEMINTA PERHATIAN' kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya 'MELAKUKAN APA SAHAJA'.
11. Dia pandai 'MERAJUK HATI' kerana 'INGIN DIPUJUK' oleh kekasihnya.
12. Dia akan MENGGELABAH apabila kekasihnya BERJAUHAN daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa 'MEMASTIKAN KESELAMATAN' kekasihnya.
14. Dia 'MEMENTINGKAN KEKASIHNYA' daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa 'KASIHNYA LEBIH KUAT' daripada kekasihnya.
16. Dia 'TIDAK AKAN MELAYAN PEREMPUAN LAIN' yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun 'TERPAKSA MENUNGGU' kekasihnya dengan sabar.
18. Dia MEMBANGGAKAN kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia 'SENTIASA MENGHARAP' kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan 'HILANG AKAL DAN SANGGUP BERBUAT APA SAHAJA' untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan HARTA walaupun NYAWANYA sendiri.
22. Dia 'TIDAK AKAN BERLAKU CURANG' kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup 'MENITISKAN AIRMATA' hanya untuk seorang perempuan.
HARGAILAH MEREKA. Apa yang boleh AKU simpulkan di sini perempuan, KAU & MEREKA seharunya memberikan lelaki peluang. Peluang kepada lelaki untuk mereka menonjolkan diri bersertakan cinta mereka yang IKHLAS kepada KAU & MEREKA. Dalam perhubungan masa adalah amat penting. Dengan masa lelaki atau perempuan dapat menilai pasangan masing-masing sama ada sesuai atau tidak. Dalam masa yang sama KAU & MEREKA perlu memberi peluang agar masing-masing dapat mengenali baik buruk masing-masing sebelum membuat keputusan.
Lelaki...seharusnya kau ingat perempuan bukan untuk DIPERMAIN ATAU DIPERGUNAKAN. Layan dan hargailah mereka dengan baik sekali. Wahai perempuan...simpanlah pemikiran negatifmu terhadap lelaki. Berilah peluang, KENALI dahulu dan FAHAMILAH lelaki yang didampingi agar dapat belajar erti tolak ansur lalu mencari yang terbaik. Di dunia ini 'LELAKI & PEREMPUAN SALING MEMERLUKAN'.
AKU...KAU & MEREKA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan