Salam...Hadirnya aku ke ruangan BLOGGER ini untuk meluahkan perasaan. Juga untuk aku berkongsi apa yang aku rasakan boleh dikongsi bersama KAU & MEREKA. Apa yang aku tahu mungkin orang lain tak tahu. Begitu juga dengan aku. Semestinya apa yang KAU & MEREKA tahu belum tentu lagi aku tahu. So...inilah medannya untuk AKU...KAU & MEREKA untuk berkongsi segalanya...
Dunia kita ibarat kain putih ketika kita baru dilahirkan. Apabila kita mula meningkat dewasa kita pun mula mencorakkan dengan pelbagai warna dan adunan. Pada peringkat awalnya dimulakan dengan penerapan oleh ibu bapa dan seterusnya kita...bersedia menempuh dunia. AKU...aku lahir dalam golongan keluarga yang biasa. AKU diberi nama yang bermaksud 'PEDANG AGAMA'. Dari saat pertama azan berkumandang di telinga, AKU mula melangkah ke dalam dunia. Satu perjalanan yang takkan aku tahu penamatnya.
Sepanjang hidup AKU pelbagai perkara AKU tempuhi...pastinya KAU & MEREKA juga sama. Kenapa???... kerna kita adalah manusia dan itulah jalan kehidupan seorang manusia. Mungkin ada yang bertuah dan mungkin ada yang kurang bernasib baik. Namun setiap yang berlaku ada hikmah dan isi penting sebagai pengajarannya. Dengan semua pengalaman itulah AKU...KAU & MEREKA akan berkongsi segalanya di sini...
Salam Perkenalan...
AKU...KAU & MEREKA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan