Khamis, 21 April 2011

GIRLS - THINGS WE WISH GUYS KNEW...

HOLA...

     Lelaki dan perempuan...kedua-duanya dicipta untuk melengkapkan antara satu sama lain. Orang kata adanya seorang lelaki yang berjaya di belakang lelaki itu adanya seorang perempuan yang menyokong. Nak percaya ke???...musykil juga kan???...Tetapi secara logikanya ia boleh terjadi. Namun ia perlukan keserasian dan persefahaman kedua-dua pihak.

     PERSEFAHAMAN...antara perkara penting dalam sesuatu perhubungan terutamanya bagi mereka yang BERPACARAN...AKU ketika ini sering terdengar daripada KAU & MEREKA bahawa individu berjantinakan lelaki sering mempermainkan golongan perempuan. Bagi AKU sendiri sememangnya aku tidak memahami kenapa perkara seperti ini harus terjadi. GUYS!!!...WHAT HAVE YOU DONE???...Korang sudah meruntuhkan kepercayaan perempuan kepada kaum lelaki.

     Jadi kepada lelaki anda sepatutnya cuba memahami perempuan sebelum anda meneruskan niat untuk memiliki hati seorang perempuan. Jadi di sini AKU ingin berkongsi sedikit apa yang aku rasa perlu bersama KAU & MEREKA...

* NOTE: semua yang tertera di bawah bukanlah 100% benar. ia hanyalah pandangan dan nukilan semata-mata. ambillah ia sebagai renungan dan mungkin panduan untuk menjadikan kehidupan lebih baik.

10 MAKSUD TERSEMBUNYI DI SEBALIK LUAHAN HATI PEREMPUAN!!!...


1. Kalau PEREMPUAN tanya: Lawa ke budak popuan tu?
 
    Makna tersembunyi: Sapa lagi lawa???...I ke budak popuan tu???

2. Kalau PEREMPUAN tanya: You dah makan ke belum?
 
    Makna tersembunyi: Jom la pi makan. Lapar ni!

3. Kalau PEREMPUAN kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
 
    Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau PEREMPUAN kata: Rasa macam nak pening la.
 
    Makna tersembunyi: Tolong picit kepala I.

5. Kalau PEREMPUAN kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak...cuci kain baju lagi...

    Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Pastu tolong cuci kain  baju sekali, yek.

6. Kalau PEREMPUAN kata: Kita lebih sesuai berkawan sahaja.
 
    Makna tersembunyi: I tak nak kat You. Tak paham-paham ke?

7. Kalau PEREMPUAN kata: I suka berkawan dengan You. You baik, memahami bla bla bla...

    Makna tersembunyi: Hish...I rasa I minat sangat kat You...Rasa macam nak jadi AWEK You je...

8. Kalau PEREMPUAN tanya: You pernah tak teringat kat awek You yang dulu?
 
   Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku!!!...

9. Kalau PEREMPUAN kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan You.

    Makna tersembunyi: Amboi!!!...Aku kena berkorban?...Habih, korang dua  ekor gak yang seronok...   

10. Kalau PEREMPUAN kata: I tak kisah kalau betul You nak kahwin satu lagi. Asalkan You berterus terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Apa yang 'DIA' dapat I pun dapat...
 
     Makna tersebunyi: Sapa kata aku tak kisah???...Adil ke tak adil aku tak kira!!!...Langkah mayat  aku dulu sebelum nak menikah satu lagi!!!...

     Jadi GUYS out there, ambil perhatian!!!...apa yang AKU kongsikan di atas boleh dijadikan panduan bersama. Dan AKU juga nak berpesan serta mengingatkan diri AKU sendiri, KAU & MEREKA hargai la perempuan, hormati mereka dan layanlah mereka dengan baik.

Jangan lupa tinggal ulasan ye...
AKU...KAU & MEREKA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...