Isnin, 25 April 2011

BOYS & GIRLS - WHAT DO YOU REALLY WANT?

HOLA...

      Kali ini AKU kembali bersama KAU & MEREKA untuk berkongsi bersama apa yang aku rasa dapat membantu KAU & MEREKA. Membantu dalam hal apa??? Mari bersama AKU kita selongkar kemahuan AKU...KAU & MEREKA dalam sesuatu perhubungan. Pendek kata apa yang KAU & MEREKA mahu daripada pasangan masing-masing. 

      Tapi sebelum AKU meneruskan apa yang AKU ingin sampaikan kepada KAU & MEREKA ingin aku mengulas serba sedikit tentang hidup berpasangan (dari sudut pandangan AKU). Soalan yang aku ingin ajukan ialah MENGAPA KITA INGIN BERCINTA & DICINTAI??? pada pendapat AKU (kalau KAU & MEREKA ada pendapat lain sila COMMENT ye) kita diciptakan sebagai manusia oleh ALLAH s.w.t dengan jantina yang berbeza dan saling memerlukan antara satu dengan yang lain (hubungan SEJENIS tu AKU tak campur).

     Cinta boleh dibahagikan kepada dua iaitu 'CINTA KEPADA TUHAN' dan juga 'CINTA KERANA NAFSU'. Apabila dirungkaikan 'CINTA KEPADA TUHAN' semestinya cinta kita yang satu kepada ALLAH s.w.t. Namun ia juga boleh dipecahkan lagi kepada beberapa bahagian iaitu cinta kepada agama, cinta kepada keluarga, cinta dan kasih kepada isteri dan banyak lagi. 'CINTA KERANA NAFSU' adalah cinta yang salah dan wajib dihindari. Kerana cinta jenis inilah berlakunya PEMBUANGAN BAYI (BANGANG...) dan pelbagai perkara tak baik lagi.

     Daripada cinta yang hadir membuak-buak dalam diri pastinya KAU & MEREKA inginkan 'DIA' sebagai pasangan. Istilah cintalah yang menjadi tunjang dalam PERHUBUNGAN (majoritinya kecuali yang bercinta selepas KAHWIN). Kemudian terbinalah satu PERHUBUNGAN yang mana dalam PERHUBUNGAN itu AKU...KAU & MEREKA yang akan menentukan hala tuju serta penamatnya. Oleh itu marilah AKU bawa KAU & MEREKA bersama menerjah apa yang diinginkan lelaki dan perempuan dalam PERHUBUNGAN tersebut.


* NOTE: semua yang tertera di bawah bukanlah 100% benar. ia hanyalah pandangan dan nukilan semata-mata. ambillah ia sebagai renungan dan mungkin panduan untuk menjadikan kehidupan lebih baik.
 


 PEREMPUAN perlukan KESETIAAN - LELAKI perlu DIKAGUMI
Jika perempuan merasa dirinyalah yang terpenting dalam kehidupan lelaki yang paling dicintainya, maka dengan mudah dia akan memberikan kekagumannya. Begitu pula sebaliknya, bila lelaki merasa DIKAGUMI, dia akan merasa cukup ikhlas untuk menyanjung dan membaktikan diri bagi kekasihnya lalu memahat KESETIAANNYA.



 PEREMPUAN perlukan PERHATIAN - LELAKI perlukan KEPERCAYAAN
Perempuan yang menerima PERHATIAN sekecil apapun dari kekasihnya akan merasa istimewa dan dicintai. Sedangkan lelaki menganggap jika perempuan yang dicintainya memberikan KEPERCAYAAN kepada sang lelaki sepenuhnya, bererti perempuan tercintanya meyakini bahwa ia telah melakukan yang terbaik bagi mereka berdua.



PEREMPUAN perlukan KETEGASAN - LELAKI perlukan PERSETUJUAN
Setiap pasangan yang akan memulai hubungan, biasanya setelah lelaki menerima PERSETUJUAN yang diperlukan, dia akan menjadi lebih mudah untuk menghargai perasaan-perasaan si perempuan. Sedangkan perempuan akan lebih merasa dicintai jika lelaki yang dicintainya memberikan bukti untuk MENEGASKAN kesahihan hubungan mereka. Ini kerana dikala perempuan jatuh cinta, bermulalah perasaan curiga, ketakutan dan prasangka-prasangka.



 PEREMPUAN perlu DIHORMATI - LELAKI perlukan PENGHARGAAN
Perempuan merasa DIHORMATI apabila lelaki mengutamakan kehendak, perasaan dan keputusan perempuan itu. Namun, bagi lelaki, jika usahanya dihargai dengan PENGHARGAAN, lelaki akan tahu bahwa usahanya tidak sia-sia. Hal tersebut akan mendorong lelaki untuk berbuat lebih banyak, lebih bersemangat dan terdorong untuk lebih menghormati pasangannya.





PEREMPUAN perlukan PENGERTIAN - LELAKI perlukan PENERIMAAN
Lelaki hampir selalu mendengar tanpa menghakimi dan dapat memberikan pandangannya kepada perempuan yang dicintainya. Sikap lelaki yang lebih mudah memahami ini tidak diperolehi dari menyelami fikiran atau perasaan seorang perempuan. Hal ini kerana lelaki selalu berusaha mengumpulkan makna-makna dari apa yang didengari dan apa yang dilihat dari kekasihnya agar dapat memberi PENGERTIAN yang baik kepada kekasihnya. Bila perempuan dengan penuh cinta MENERIMA lelaki tanpa berusaha mengubahnya, barulah lelaki merasa bahagia.



      Ha ini semua pendapat daripada AKU yang ingin AKU kongsikan kepada KAU & MEREKA. AKU pasti serba sedikit KAU & MEREKA pasti akan merasa kebenarannya. Mulakanlah dengan mempelajari segalanya yang berkaitan dengan pasangan anda. Jadilah individu yang memahami dan bertolak ansur. Lakukanlah perubahan agar KAU & MEREKA mengecapi kebahagiaan dalam perhubungan. Insyaallah.

AKU...KAU & MEREKA...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...